2/28/2014

Tutorial : Simple template berpisah.

2/28/2014

Assalamualaikum, seperti biasa, tak tau nak bagi tajuk apa. Sambungan daripada Tutorial : Basic Edit Simple Template. Tutorial ni dibuat berdasarkan simple template yang warna biru tu. 

1) Mula-mula cari code .content-inner {

2) Akan keluar seperti ini.



3) Delete semua code yang dihighlightkan kuning.


Nanti blog akan jadi macam ni !! Jangan panic dulu.. 

4) Lepas tu paste code ni dekat atas /* Posts

.sidebar .widget{
border:2px solid #000;
padding:10px;
background:#fff;
border-radius:10px;}

#Blog1{
border:2px solid #000;
padding:10px;
background:#fff;
border-radius:10px;}
5)  Notes :

border:2px solid #000; - border , boleh tukar warna, ketebalan dan jenis.
Background:#fff; - Background, boleh tukar kepada gambar ataupun warna.

Hasilnya ^^

Rupa baru buat kali yang ke - 3824732

Assalamualaikum, tajuk hiperbola kemain. Tapi kalau aku tukar , memang takyah terkejut la, skin aku mana la penah kekal walaupun sebulan?

Aku rasa nak tukar sebab aku tengok skin yang aku freebies, rasa macam gatal teringin je nak tukar... hahahaha let me be me.

Haih nak layout unik tapi takde idea ..

2/26/2014

Kemiskinan, bukan hanya di Afrika.

2/26/2014

Assalamualaikum,
Kita selalu rasa tak cukup, atau lebih tepat lagi, AKU selalu rasa tak cukup. Mesti ada je yang aku nak, mungkin tak payah dapat secepat mungkin, tapi tetap nak jugak.


Salah satu iklan di 8share ni sungguh menyayat hati, 

Dulu heboh budak Africa memakai selipar yang diperbuat daripada botol plastik. Tak sangka pula dekat Malaysia pun ada.  Nak menangis aku baca Entri ni

Bukan tak tau ramai yang lagi kurang bernasib baik, cuma jarang renungkan.  

Aku teliti satu satu gambar yang di ambil. Berat mata memandang.

Nampak dia guna tupperware bekas icecream, aku selalu tak senang bila family aku simpan bekas aiskrim sebab aku rasa benda tu bersepah. Aku buang bekas tu sepantas kilat. Terfikir balik.. benda yang aku buang tu lah diorang guna. Tapi aku tetap takkan simpan bekas aiskrim walaupun pada masa akan datang (haha thats so me) 

2/25/2014

Tutorial : Post Title & Date Header style

2/25/2014

Assalamualaikum

Gambar contoh.

Tested in a unedited simple template.


1) Mula-mula cari code .date-header span {

2) Lepas tu akan jumpa macam ni (lebih kurang) :

.date-header span {
  background-color: $(date.header.background.color);
  color: $(date.header.color);
  padding: $(date.header.padding);
  letter-spacing: $(date.header.letterspacing);
  margin: $(date.header.margin);
}

3) Delete code tu dan gantikan dengan code bawah ni :


h2.date-header:hover{
background:#E0F0E3;}

h2.date-header{
background:#E8F9FE;
width:200px;
-webkit-transition: all 0.5s ease;
-moz-transition: all 0.5s ease;
-o-transition: all 0.5s ease;
font:8px tt;
color:#888;
padding:10px;
text-align:center;
margin-left:100px;-webkit-border-top-left-radius: 20px;
-webkit-border-top-right-radius: 20px;
-moz-border-radius-topleft: 20px;
-moz-border-radius-topright: 20px;
border-top-left-radius: 20px;
border-top-right-radius: 20px;
margin-bottom:-28px;
}

@font-face{
font-family:lemonscanfly;
src:url(http://static.tumblr.com/dep4vzc/B9rmy7mca/lemons_can_fly.ttf);}

4) Kemudian cari code h3.post-title, .comments h4 {

5) Nanti akan jumpa code penuh macam ni :

h3.post-title, .comments h4 {
  font: $(post.title.font);
  margin: .75em 0 0;
}
6) Delete code tu dan gantikan dengan code ni :

.post-title{
background:url(http://i.imgur.com/gFKTI3z.png);
padding:px;font-family:lemonscanfly;
font-size:30px;
margin:5px;
text-shadow:0 0 2px #ccc;
color:#FFAFAF;
padding:0px;
text-align:right;
width:550px;
margin-bottom:10px;
}

@font-face {
font-family:tt;
src: url('http://static.tumblr.com/rmj06l2/Usellxb4i/tinytots.ttf');
}
.post-title a:hover{
box-shadow:none;
}
.post-title a{
padding:px;font-family:lemonscanfly;
font-size:30px;
color:#FFAFAF;


warna, background, semua boleh ubah sesuka hati. Eksperiment la eh. ehe wasalam 

Korean Variety Show.

Assalamualaikum yeorobun,
hek eleh mementang ada korea mesti nak yeorobun yeorobun segala.

Boleh dikatakan Variety show ni salah satu faktor kenapa aku suka Korea (selain faktor visual :p). Aku rasa kualiti variety show korea ni agak tinggi dan best untuk tengok. Walaupun kadang-kadang macam bodo je tengok ha ha. Reality show pun sama, walaupun tak lawak dan pasal kehidupan je, tetap menarik nak tengok.

Sekarang ni yang aku currently tengok -

Two Days and One Night. 


Aku tengok dulu dari season 1 . Aku tengok sebab ada Lee Seunggi kekekeke. Serious show ni best dan lawak gilos. Lagi satu, disebabkan show ni la aku rasa Korea tu cantik sangat ._. Pandai betul diorang rakam bagi nampak cantik je ~ that's why aku suka kualiti broadcasting korea. 

Dah masuk musim baru ni, rasa aneh dan kurang biasa bila 4 dari diorang member baru. Memula rasa macam eee tak suka.. lama-lama baru dapat tangkap lawak diorang ni. Show ni ada dekat Astro KBSW channel 392 . Aku tak tau hari apa dan bila sebab mula-mula aku record, lepas tu tengok-tengok je dah ada dalam recorded list. hihi

Running Man
Aku rasa show ni semua orang tengok, lol.


walaupun lawak kanak-kanak belaka dan tak matang belaka, memang hit my sense laaa. Aku selalu tengok Running Man ni hari Sabtu. Jumaat tu aku record. Sebab kan bersengkang dengan Maharaja Lawak Mega , hahaha. Walaupun Maharaja Lawak Mega dah habis, aku masih takkan tengok running man Jumaat tu. Terbiasa kot. Dulu aku minat Kwangsoo sebab watak dia kesian, tapi lama-lama aku sokong Jihyo je. Pastu sokong guest. haha.

Running Man pun selalu mempamerkan keindahan tempat-tempat yang diorang pergi, tak kira la negara apa pun.

Hello Counselor



Hello Counselor ni pun best ! Kadang-kadang host dia buat lawak. Show ni pasal penonton yang menghantar masalah dekat diorang, kemudian selesaikan masalah diorang dekat show ni. kalau tengok show ni, memang masalah diorang tu kita takkan jangka pun wujud. Macam-macam.

Idol yang jadi tetamu nampak extra cantik dekat dalam show ni ! Tak tau la camera setting ke apa kan, tapi serious cantik *o*

Weekly Idol

Aku selalunya tengok Weekly Idol guna handphone je. Selalunya cari dekat Youtube, then terkehkehkehkeh sorang-sorang. Dua pakcik ni serious lawak. Kalau nak lagi lawak sila cari episode yang bertetamukan Teentop, Infinite ataupun BAP. Teentop dengan Infinite la paling lawak. Kedua-dua mc ni suka cari mangsa bahan. 

Expect more??

Takde. Aku memang follow up 4 ni je. Sebab aku malas tengok show online sekarang. Aku tengok apa yang ada dekat tv je. Kalau tengok online pun We Got Married Taemin dengan Naeun je, itupun lambat-lambat je tengok. Haha


http://es.drama.wikia.com/wiki/Weekly_Idol
http://infinitechinggyu.wordpress.com/infinite-contents/tv-shows-guestings/
http://english.kbs.co.kr/hallyu/gallery_view.html?No=1917

2/24/2014

Takut apakah ini?

2/24/2014

Assalamualaikum,
Aku tak takut tinggi, tapi aku takut benda ni. Tak tau nak cakap apa, tapi kalau aku bayangkan waktu mandi memang aku tak jadi mandi. hahaha

Aku tak tau exactly apa yang aku takut. Tapi bila aku google, memang takut sangat, tak tau kenapa. Air jatuh, lumut, semua ni.

aku gigihkan diri juga google gambar ni :



mungkin aku takkan pandang blog aku sendiri dah lepas ni. Selagi gambar-gambar ni wujud.

Haritu Aina ada letak gambar macam ni dekat bilik dia. Dia tunjuk kat aku, sebab ada gambar polaroid kitorang dekat atas gambar tu. Serious rasa nak marah dia sebab takut. Hayooo Wana asal la kau takut ciptaan Allah yang cantik sangat ni ._.

Aku tak tau apa yang aku takutkan.. air??? selamba je aku berkayak. Mungkin terjunan air??? fobia apa ni???

2/23/2014

Bila dapat notis Poslaju.....

2/23/2014

Assalamualaikum,

Tunjuk belah belakang je, belah depan terdedah maklumat la pulak kan. ahha

lebih kurang 3 hari lepas kot? ke 4 hari lepas? Aku dapat notis dari Poslaju sebab aku takde masa diorang hantar parcel. Frust frusssst sebab memang takde siapa yang nak hantar pegi pejabat pos tu.

Dulu penah jadi sekali, aku email kat poslaju untuk minta penghantaran kedua. Kali ni rasa macam menyusahkan pulak.. padahal aku bayar rm7 tu kan. haha

Dalam tu ada tiket .. yang bernilai rm250. Semurah-murah tiket aku rasa, itu pun beli atas perjanjian dengan abah. Hutang, hahaha. Tiket apa tu aku kena rahsiakan. Adakah tiket kapal terbang? takde masa aku nak melancong.  Aku .. aku... tak sabar nak tengok tiket tu tapi jadi ceni pulak. hahaha.

Aku tengah fikir nak labur duit teksi untuk pegi kat pejabat pos tu .. haha dah la tak keje. Asyik kena melabur je.

Tutorial : Widget berkotak

Assalamualaikum,
Tutorial simple template ya. Kalau yang tadi seluruh sidebar berkotak, ini pulak widget seketul seketul berkotak.

contoh

Mula-mula paste code ni dekat atas /* Mobile

.sidebar .widget{
border:2px solid pink;
padding:10px;
background:url(http://i.imgur.com/h9i2fn4.png);
border-radius:10px;}
Lepas tu tukar lah apa yang patut, kerana taste anda lebih baik. Kalau sidebar nampak macam terkecik, ubah width sidebar dekat customize.

pading : jarak antara border dengan code.
YOUR BACKGROUND URL : Tukar kepada background pilihan anda.

wasalam.

Tutorial : Sidebar berkotak

Assalamualaikum,
Tak tau nak bagi tajuk apa. Haritu kat ask.fm suruh bagi style sidebar, tapi sekarang baru nak buat.

Contoh. 

Caranya mudah je,

Mula-mula paste code bawah ni dekat atas /* Mobile 

.sidebar{
border:2px solid pink;
padding:10px;
padding-top:20px;
background:url(YOUR BACKGROUND URL);
border-radius:10px;}

Lepas tu tukar lah apa yang patut, kerana taste anda lebih baik. Kalau sidebar nampak macam terkecik, ubah width sidebar dekat customize.

pading : jarak antara border dengan code.
YOUR BACKGROUND URL : Tukar kepada background pilihan anda.

wasalam.



2/15/2014

Anda dibenarkan.

2/15/2014

Assalamualaikum,

Aku merupakan blogger yang freebies blogskin. Namun, adakah anda dibenarkan untuk mengedit freebies blogskin dari blog ini?? - janggal gilos ayat. haha


Salah seorang dari sahabat aku cakap "sorry sebab edit code awak" , then aku perasan.. memang ramai jugak yang cakap sorry sebab edit. Pelik. Sebab dulu masa zaman mula-mula guna blogskin, aku edit habis-habisan skin orang tanpa rasa bersalah (sebab tak remove credit ;b). Yelah, skin tu kalau tak kena dengan tema aku, aku tukar lah bagi kena dengan taste aku right?

Taste semua orang lain-lain. Mungkin dia suka blogskin macam ni, tapi warna pulak tak kena. Spoil !

Blogskin  aku semuanya boleh diedit temanya, atau bentuknya, tak kisahlah nak edit apa-apa pun, asalkan tak remove credit dan re-contribute.

Bagi aku, blogskin aku hanya "base", warna yang aku guna tu, tak tentu lagi kena dengan tema anda. So feel free to edit !

2/14/2014

Wanasobi, Wanasobai , Wanaseyobi, atau Wanaseyobai?

2/14/2014

Assalamualaikum,

Setelah entri Wana...seoby? dipublish, maka sebahagian pembaca-pembaca yang comel komen dengan pelbagai-bagai sebutan. Ekceli tak kisah anda sebut apa pun, sebab semua sebutan comel. ha ha ha.

Tapi aku sebut apa???



aku sebut... jeng jeng jeng...

WANASOBI


Thank you sangat sebab komen >___<


2/13/2014

Wana....seoby?

2/13/2014

Assalamualaikum, lepas baca entri ni. Terus aku teringat soalan ask.fm yang dijawab 8 hari lalu.


jawapan bersepah bangat. Sangat ke-wana-an.

Okay so,
Aku boleh katakan aku sangat merepek dalam memilih nama blog. Masa mula-mula buat blog - Wanaliopink. Ntah dari mana ntah aku dapat lio tu. Pastu Wanaliobeast, wanaliobeast ni dalam perancangan je, tak buat pun. Nasib baik gilo ai tak guna wanaliobeast tu.

Lastly, aku guna nama first love aku a.k.a cheotsaram aku iaitu Yang Yoseob. Still don't get it? Yoseob- Seoby? Hehehehe. Memang lah orang akan cakap "Buat apa agung-agungkan keria tu" "Mak bapak elok-elok bagi nama" Aku tak cakap pun nama aku wanaseoby. Lol.


Masa tu mungkin sedang angau Yoseob yang melampau. Aku sendiri pun tak boleh bayangkan diri aku yang lepas. Mungkin juga aku akan ulang jadi diri aku yang lepas semula. Well, dah jadi dah. Angau datang dan pergi just like that. Cuma sekarang tak over la -- dulu bapak over. Apa ni main bapak-bapak. 

Gif ni diambil dari satu episode rancangan variety korea. First time aku nampak dia. Puas aku google yusop lah apa lah. Sebab tak biasa baca nama korea dalam romanization. Gedik betul duk buat pose comel. Aku pun gedik dok minat, takleh nak buat apa....

Belum lagi cerita pasal suara dia- nasib baik aku ngantuk dah. 

p/s: Macam mana anda sebut "Wanaseoby" ? Adakah wanasobi, wanasobai , wanaseyobi, atau wanaseyobai? Cecite. 

wasalam. 

2/11/2014

Collagen Plus Vit E bahaya?

2/11/2014

Assalamualaikum,
Aku takut juga nak post entri ni, takut peniaga cpuv ni marah pulak kan... tapi aku kena post jugak, kalau ada yang boleh bangkang dan menidakkan entri ni, boleh komen. Takut juga tidak sahih kan.

Semalam dekat facebook, aku ada terjumpa salah seorang dari sepupu aku share pautan ni :


Bertulis "Kepada pengguna Collagen Plus Vit e sila ambil perhatian, seorang remaja Kuala Terengganu telah kembali ke rahmatullah akibat daripada pemakaian produk ini. Doktor telah mengesahkan remaja tersebut mengalami kanser kulit setelah membuat pemeriksaan. Kanser ini didapati berpunca daripada penggunaan CPV. Pada mulanya produk ini memang memberi kesan yang menakjubkan tetapi lama kelamaan mendatangkan kesan yang buruk terhadap kulit muka. Saya sendiri salah seorang pengguna CPV telah berhenti menggunakannya kerana kulit muka makin hari makin teruk serta jerawat makin naik. Sebelum terlambat, sayangilah wajah anda, hal ini diuar-uarkan demi kebaikan bersama. Percaya atau tidak atas anda. Marilah kita sedekahkan ALFATIHAH kepada arwah. Wallahualam" 
Fitnah?? kan dia dah kata " Percaya atau tidak atas anda." so sukati la kan, aku takde pun sebut benda ni betul.

Cerita aku pulak. Benda ni memang hot dekat instashop, kalau google je berlambak jual benda ni. Harga pun murah. Lepas dah tengok testimoni dan selidik melalui google, akhirnya aku beli dengan harga RM20 lebih satu set. Bila sampai rumah, memang aku excited la nak pakai.

Mak aku pun nak cuba pakai. Lepas dia pakai dua tiga hari, terus dia berhenti. Dia kata produk ni sama dengan produk dari Indonesia yang dia pernah pakai dulu. Produk tu bau sama dengan produk ni, effect pun sama. Muka akan cerah tapi kulit jadi nipis.

Mula-mula pakai, kulit aku terasa gatal lepas cuci muka. Lepas tu aku berhenti guna dua tiga hari. Lepas dua tiga hari tu aku sambung balik pakai, memang terasa elok dan clean and clear lah kulit lepas pakai tu. Sempat lah aku pergi jumpa Suwoong dengan muka aku yang sedang clean and clear tu. hahaha

Aku tak tau lah kulit aku degil ke apa, tapi lama-lama kulit aku jadi biasa balik dan extra kering sampai menggelupas. Bila aku google diorang kata "Baru nak sesuaikan dengan muka". Tapi aku ragu-ragu , so aku on-off je pakai. Kejap pakai kejap tak.

Bila aku dah tak pakai pun, aku masih ragu-ragu. Tahap ragu-ragu aku ni memang sangat maximum sampai aku selidik habis-habisan.Ceh tipu je. Aku jumpa entri ni COLLAGEN PLUS VITAMIN E bahaya?

Masa aku tunjuk produk ni dekat makcik aku, makcik aku terus bau dan culik sikit produk ni, lepas tu dia terus cakap "Ni mesti ABC (tak ingat nama produk apa dia sebut) dulu. Warna dengan bau sama. Dulu ABC ni tak dapat kelulusan kkm, ntah ntah pakaging baru"  - cuma "ntah ntah" sahaja, bukan betul. Tapi kalau bukan produk yang sama dengan ABC yang disebut dulu pun, bahan dia mesti sama sebab bau dan tekstur pun sama.

Dari entri ni pula, http://cookiekrunch.blogspot.com/2013/02/12-bahan-berbahaya-dalam-produk.html , dekat bahagian komen ada yang memberikan pendapat negatif pasal produk ni.

Insaf taknak beli produk yang sebegini lagi. Bukannya jadi cantik, menjahanamkan kulit dan boleh memudaratkan kesihatan. 

Percaya atau tidak, terpulang, aku bukannya arif pasal ni pun. Aku pilih untuk buang produk tu ke dalam tong sampah sahaja.

Edit : Sejak aku buat entri ni, aku makin banyak buat research. Makin banyak aku search, makin yakin aku yang produk ni bahaya


Update : 13/14/2014

Boleh pulak kawan aku pakai produk ni tanpa bagitau aku dulu. Dia bagitau semalam muka dia tiba-tiba terbakar lepas sebulan pakai. Sebelum ni memang berseri-seri muka dia lepas pakai. Then ai tanya la "Pakai produk apa?" Then dia Sebut "Collagen apa ntah". Then ai pun cakap la "Collagen Plus Vit E ke?" then dia kata "Haaa yang tu lah"

Hanya menggeleng kepala , haha.
wasalam.

2/10/2014

Rupa baru, (tak habis-habis)

2/10/2014

Assalamualaikum,
And yeay aku tukar design blog (buat kali yang sejuta) Ya allah, lembutkanlah hati Wana agar tidak cepat bosan dengan design blog sendiri Amin. Aku selalu sangat bosan dengan design blog sendiri. Pastu nak tukar. Bila lah nak stay atleast sebulan?? Hm. Aku ada baca yang tukar rupa ni boleh kacau prestasi blog, tapi tetap rasa nak tukar. Tak boleh nak buat apa, dah jadi habit agaknya. Bila dah tukar, terdelete pulak thumbnail giveaway. Sedih pilu hatiku. Nak kena buat balik.....


Aku ni blogger yang tak pasti corak penulisan nya. So memang identiti blog pun masih tak dapat dikenal pasti lagi walaupun dah dua tahun berblog. Tapi yang pasti aku takde pun blog pasal makanan. Gambar makanan yang aku guna kat blog ni sangat tak kena dengan identiti blog aku. Tetibe pulak gambar makanan, yedok? Namun, biarlah begitu......

Ni edit blog paling senang, navigation pun pakai yang blogger bagi je, modified sikit-sikit je.

Wasalam :)