7/02/2014

Hidupku kini

7/02/2014

Assalamualaikum,
Wee, akhirnya boleh update. Guna wifi uitm memang harapan la nak dapat buka blogger =_= HARAPAN PALSU. Tapi ni aku online pakai wifi UITM juga, cuma wktu pagi macam ni takde orang pakai so laju smoooooth je load blogger. Okay entry ni nak update sikit pasal diri sendiri hahaha blogger syok sendiri macam ni laa.


So, aku tinggal dekat bangunan paling lama, Mutiara. Setakat ni alhamdulillah suka tempat yang aku duduk, cacat cela diterima seadanya. I can say that im actually very selesaaaaaa there. Bangunan dekat dengan kelas, rasa untung. Katil? aku dapat katil belah bawah yang semua orang rebut-rebutkan tu. Orang cakap bangunan Mutiara ni untuk mereka yang pandai-pandai je (pointer 3.5 keatas) so senior senior kat dalam kolej Mutiara memang wajib direspect.

Aku sebilik dengan dua orang lagi budak part 1 seperti aku, dan sorang senior yang pointer tinggi. Yang bestnye senior ni sama course dengan aku. Aku perhatikan kakak-kakak senior memang sayang adik sama course ni sebab bila diorang tanya course apa then kalau course sama diorang jadi excited???? haha.

Awal-awal ni aku still tak rapat dengan sesiapa kecuali roomate. So orang akan perasan yang aku akan pergi balik kelas sorang-sorang dan tersengih tengok phone (gara-gara wechat ngahaha) . Thats okay since belum jadi minah kepoh bergeng lagi kan. Bebudak kelas memang friendly T_T kalau bebudak kelas perangai cam aku jugak ntah takkan bertegur kot. Cepat help me to be friendly-tak-awkward-takut-orang-makan. In order to be rapat with everyone, setiap kali present aku join group orang yang berlainan.

Duit syiling amat berharga disini baagi mereka yang "RAJIN" basuh baju guna mesin basuh. 

Cakap pasal presentation, aku still ada perangai tak senonoh iaitu ketawa dekat depan semua orang. Ah..cukup cukup la dulu ketawa masa present dalam masjid. Peristiwa memalukan kot. Everytime salah seorang kena jadi wakil group untuk present kat depan, mesti aku yang akan present. Sebab aku confident lebih..............pastu ketawa gak kat depan tu.............. what............... (tahukah anda ketawa didepan tak lagi secomel di zaman sekolah sebab nanti lecturer annoyed!!!)

Pasal kulit pulak..... mak tegur muka hitam (padahal sejak azali kulit gelap). Mana taknya, kat sana muka terdedah aje dekat matahari. Selalunye duduk rumah muka terperap jadi perkasam dalam bilik keluar jemur kain pun malam-malam.

Masalah aku ialah setiap kali takde kelas aku akan kebosanan, bila dah bosan tu rasa lapar je. Bila dah lapar makan, bila dah makan ngantuk pulak. Rutin menggemukkan. Bulan puasa takde la makan kan. Hahahaha. Nasib baik dah dapat assignment je memanjang... so busy sikit. Sekarang aca-aca je ada masa sikit mesti masuk bilik bacaan yang ber-aircond. Pastu study separuh, tido separuh.

Bekas alat tulis, kalau pergi bilik bacaan bawak natang ni terus senang keje !


isi bekas tadi, inilah masanya untuk kita semua berwarna-warni !! 
Cukuplah sampai disini sahaja. Kalau sambung panjang lagi memang sampai esok tak post. Byeee !