Tips Bergaya dengan Seluar Harem

Selain jeans, seluar harem merupakan koleksi seluar yang amat popular dikalangan ramai wanita. Biasanya jenis seluar ini diperbuat daripada fabrik cotton yang amat lembut dan selesa untuk dipakai. Tidak hairanlah jika koleksi seluar harem ini kini menjadi trending dikalangan ramai penggemar fesyen terutama sekali golongan wanita yang gemar bergaya santai. Untuk korang yang mungkin dah bosan pakai jeans je memanjang dan nak nampak berbeza tapi selesa , korang boleh tengok tips bergaya dengan seluar harem ni ;


Untuk gaya yang paling simple dan santai adalah dengan menggayakan koleksi seluar harem tersebut bersama pemakaian t-shirt seperti berikut. Anda boleh menggayakan fesyen ini ketika berhujung minggu bersama rakan-rakan atau juga boleh dipakai sebagai pakaian harian anda.



            Koleksi seluar harem atau harem pants ini juga sesuai digayakan oleh wanta berhijab yang mungkin kurang selesa memakai seluar jeans yang berpotongan ketat. Potongan seluar harem yang loose ini memberikan keselesaan yang ideal kepada si pemakai.


Siapa kata anda tidak boleh kelihatan ranggi dengan pemakaian seluar harem? Tampil bergaya apabila ingin menghadiri pertemuan istimewa dengan memadankan harem pants ini dengan pemakaian blouse dan outerwear seperti jacket seperti dalam gambar.


Bukan itu je kayy, seluar harem ni jugak boleh dipakai sebagai pakaian formal untuk ke pejabat dengan memadankan koleksi seluar ini dengan pemakaian kemeja wanita.