7 Mei - Birthday Surprise


Assalamualaikum, Aku tau korang tak kenal kawan aku, tapi aku main sebut je nama hahaha.

Start dengan Syina ajak pergi Setia City Mall minggu lepas. Dia macam tiba-tiba ajak paksa tau, sampai pujuk-pujuk. Padahal masa tu tengah pening sebab Ikang ajak keluar jugak pada hari yang sama. Bila bincang-bincang dengan Ikang, Ikang setuju nak tangguh outing dengan dia. So the deal is : Sabtu- celebrate birthday dengan Syina. Padahal tak ada mood langsung nak birthday.

Sebab apa tak ada mood? Sebab Abid pergi drumbattle (katanya). Last minute dia cakap dia tak boleh pergi drumbattle, sebab terpaksa pergi Langkawi(The funny part is, dia send gambar otw Langkawi Homestay semua bagai tau, eyy geram). Sumpah, tahun ni rasa nak spend birthday dengan dia and macam sedih kecewa semua bila dia dah bagi harapan tetibe tak boleh. Tapi tak boleh halang dia, kita pun okay kan je lah.

Keluar dengan Syina ni, aku ajak Aina. Aina laju je balas "Sorry weh aku busy. Haha. Nape tak cakap awal-awal." Pergh minah ni birthday aku kot tsk tsk, dah lah rindu dia. Pastu dia cakap balik kampung, takkan nak halang kan? Aku ajak Ikang ikut jugak tapi dia cakap dia ada date. Aku macam geram gila sebab dia beria pakai lawa-lawa tapi rahsiakan dari aku dia date dengan siapa. So bro okay, bro okay. Lu koyakkan mental bro, bro masih bisa hadapi semua ini.

Mental koyak yang seterusnya ialah apabila mak tiba-tiba ajak balik kampung makan steamboat. Mak pujuk-pujuk aku, ni lagi pelik tau kalau mak aku sampai pujuk-pujuk ni. Selalu kalau aku tak mau ikut dia move on. Aku mestilah rasa bersalah kan? So aku pun wasep Syina cerita masalah ni, dah lah mak ajak makan steamboat tu pada waktu yang sama dengan Syina...takkan nak pilih Syina. Mestilah nak pilih mak. tapi Syina dia macam tak redho, siap merayu2 siap mintak nombor mak aku lagi nak bincang. Mak aih. Pastu mak aku laju je cakap, "Kak takpelah, kau pergi jelah Syina tu." Aku dah risau mak terasa dah.

Sampai je SCM, aku singgah dua tiga kedai, Syina cakap dia teringin Starbucks. Buang tebiat minah ni agaknye aku tau dia bukan jenis minum starbucks. Aduh, tak tau nak cite camne nak bagi nampak surprise.

Aku masuk je Starbucks, pastu aku pergi belah luar Starbucks, aku nampak semua kawan-kawan aku yang buat alasan tu......... what the hell. Aku terus nangis sebab babun semua menipu aku T___T  Aku down teruk haritu sebab semua orang tak ada, mostly sebab Abid, memang tak rasa nak birthday langsung. Tetibe nampak dia menyorok kat situ. Macam nak nangis, eh, ke dah nangis? Ha yelah aku nangis sampai eyeliner aku sebelah hilang terus.

Aku acah macam aku dah tau. Padahal terharu dia tak ada siapa tahu. Eh.

Ikang dan Abid. Ketua projek dan penolong ketua projek, thank you so much guys. Dan rasa beban dah ni birthday korang aku nak buat apa T__T So lucky to have u guys. 

wana sedang meminta explaination tentang semua penipuan itu. sampai shawl nak tercabut dah main peluk peluk. 

Syina, Aina, Ikang (ikaa actually hahaha) Thank you so much korang sebab ada, happykan aku T_T huhuhu. Aku sayang korang ;_; and please eh jangan jealous sesama sendiri aku bukan lelaki korang nak rebut kekekeke k gurau. 

nah gambar ramai-ramai! Thank you semua yang terlibat, korang memang suwit lah haih dah jenoh aku nak plan birthday korang pulak. Hahaha 

Entry untuk hadiah nak buat entry asing, sebab panjang sangat ni! hahaha byeeee thank you sudi baca. 

Labels: