Wanaseoby's Haul | Notebooks & Planner

Assalamualaikum, dah lama nak buat entri ni, tapi kali ni baru sempat nak buat. Heee. Okay sepanjang cuti ni, ini lah buku-buku yang berjaya ditawan. 

View dari bawah. Semua tebal-tebal. 

TYPO A4 Campus Notebook - 240 pages

Buku ni beli dekat Typo dekat Setia City Mall, ada sale, 3 buku RM45. Gila tak beli?! Dah lah cantik, besar pulak tu. Ala-ala tumblr camtu corak dia. Penat jugak lah pilih design mana satu nak ambik. Dah rancang nak buat nota study dalam salah satu antara deme ni. Function sikit kan, daripada biar tak guna-guna! hahaha.

 Dalam dia bergaris, buku bergaris is sooo not my type. Sangat tak suka buku nota bergaris sebab buruk. Tapi garis yang ni tiba-tiba menjadi pujaan hati pula. Buku ni ada garisan pre-cut, kalau kita nak koyakkan pun best je ni.

MR.DIY Light Planner 

 Yang ni memang beli saja-saja. Tak tahu bila nak start guna, mungkin bagi orang kot nanti. Hahaha. Ataupun mana lah tau gatai nak planning next sem ka apa kaaa kan?

 DAISO Dotted Notebook - 100 pages

First time jumpa dotted notebook. Beli dekat Daiso dekat Setia City Mall masa keluar dengan family haritu. Setakat ni function masih tak tau lagi. Tak terfikir nak buat apa lagi. Sebab sekarang diary (all in one- semua ada to do list, schedule ada dalam diary tu) tengah on-going. Malas nak start guna yang lain. 

MPH Summer Flowers by JoyTop

This is like wow. wowwww. My favourite out of all. Hangpa pun tahu yang cek suka sangat kat bunga. Bila cek jumpa ni dekat MPH cek teruih jerit panggil Shakirul Neymar Alexander The Great suruh tolong pilihkan corak mana satu sebab cek pun dah rambang mata aih tengok semua corak lawa-lawa. Kami dua duduk bersila dekat situ lama-lama lepas tu pilih buku ni ikut stage, ada penyingkiran semua dah macam AF dah! hahaha

 Inner side of the book. Cantik kan!!

Okay tu je haul kali ni, ada lagi haul tapi nanti lah cek post lagi. hehe byeee

Labels: