Organizing files and folders in laptop!

Assalamualaikum semua. Hm tajuk english tapi nak tulis melayu. Jap fikir melayu nya apa "Susun atur fail-fail dan folder-folder (aku google translate tak tau melayu dia apa rupanya "folder" juga) di dalam laptop.

Aku memang dah lama berniat nak susun fail-fail dalam laptop ni, sebab bersepah sangat. Semua benda dalam file "Downloads". Fonts, rar file, torrent, file extracts, gambar-gambar random, backup template, slide-slide matapelajaran, assignment, semua kat situ. Hancur.  Rugi aku tak screenshot gambar keadaan sebelum ini. Dah lama nak kemas sebenarnya, tapi takut nak cucuk harddisk sebab aku fikir laptop ni ada virus. Lepas dah settle pasal virus aku terus start kemas.

(dapat dua plushie comel (shinchan and bear belakang tu) lagi untuk hadiah birthday >_< so cuteee, ni dari mak dengan adik) /keluar topik/
Sangat puas hati sebab dapat organize folders secara keseluruhan. Tapi sebenarnya banyak guna folder yang makan ruang tapi saya memilih untuk memilih jalan itu. Ha ha ha.

Document


  1. Dalam file Digital Supplies ada semua bahan-bahan grafik. Mostly dapat daripada freebies blogger. Nama blogger empunya freebies dinyatakan dekat file sebab takut lupa nak credit nanti (walaupun GoldnBeryy bagi full permission untuk guna) 
  2. Sebagai setiausaha Kompeni Bomba dan Penyelamat UiTM Johor (eceh panjang-panjang pulak) Banyak gila maklumat-maklumat komander dalam ni, daripada sem 2 sampai lah sem 4. Sem 5 pun akan stay sebagai setiausaha so bersedialah wana. Fighting! Hahaha. Dalam tu ada semua carta organisasi, list pelajar kor, dan pelbagai list, jadual bertugas, report-report event dan sebagainya. Bila dah susun camni, rasa macam senang sikit nak dirujuk oleh junior sem depan. Ni dah ready nak bagi engko je dik. Hehe. P/s: Adik-adik part 1 uitm johor, marilah masuk kompeni bomba, komander comel je macam akak. ok ni gurau serious gurau jangan bash. 
  3. Folder Wanaseoby.com - aku ada banyaaaaak gila backup template yang aku sendiri tak tau itu backup template yang mana satu. So pada hari tersebut aku try satu-satu template untuk bagi nama kat dorang. Dan nama semua template tu lebih kurang macam explaination kepada diri aku sendiri untuk ingat "Oh! Yang ni!!!" ..(dan untuk aku gelakkan diri sendiri)

Pictures


Ni semua dalam harddisk
  1. First, memang tak boleh belah betul aku tulis nama folder "Life..." "life" "lifeee" (Ingat ko sorang je ada life?) Tapi tu je cara aku boleh describe folder-folder aku ni. Pls jangan gelak aip. aip. 
  2. Masa kemas ni punya lah aku pening sebab banyak gambar yang sama tapi dalam lain-lain file. Macam mana boleh jadi? sebab kadang-kadang aku transfer dari phone aku lupa nak padam, lepas tu aku transfer-transfer lagi. Memang mess sangat gambar-gambar aku ni. Nasib baik ada solfware Dupeguru! Dia boleh detect gambar yang sama walaupun nama gambar tu tak sama! (jakun tahap apa dah). nak tau tak berapa duplicate files dia jumpa? Nearly 2000 pictures! Memang kalau aku nak detect 2000 gambar tu manually mahu je meletup dulu otak aku ni.  Click here to download dupeGuru
  3. Pastu aku susun gambar ikut event. Maknanya aku ikut kejadian, dulu aku susun ikut nama contohnya "Ikang" "Sha" "Classmates" "Haja&Hawa" tapi aku pening sebab dorang ni bercampur-campur. Kadang-kadang Ikang dengan Sha keluar sama-sama, so aku sangat pening hurghhh so aku akhiri dengan menamakan event tersebut. 
  4. Sumpah banyak betul folder -____- dah lah folder makan space. Tapi aku taknak everything mixed up so redho jelah. haha. 
Okay, gitu lah cara aku organize folder. Korang pulak macam mana? Ada tips lain tak macam mana nak susun atur file dalam laptop ni? Hehe. Bye thank you sudi baca!