Wanaseoby's Haul : Kedai Ustaz Kompleks PKNS

Assalamualaikum, hi semuaaaaa

Baru-baru ni aku pergi Kedai Ustaz dekat Kompleks PKNS Shah Alam, kedai ni kau datang la pukul berapa pun mesti penuh orang. Kedai Ustaz pun lambat tutup sebab orang tak berhenti-henti masuk dan memilih barang. Yang best pasal kedai ni sebab kedai ni jual barang dengan harga yang sangat-sangat murah dari harga aksesori phone kedai lain. Eh? aku dah bagitau dah ni kedai aksesori gadget?

Aku pergi sebab nak pasang tempered glass dekat phone aku. Baru pecah haritu, huhu takleh hidup weh takde tempered glass ni rasa tak selamat je phone aku. Aku ni dah lah kasar baq hang. Tapi bila dah datang sana takde maknanya aku nak beli tempered glass je, huhuhu.


Beli tiga casing, 5 tempered glass (4 pasang, 1 beli dan pasang sendiri), 2 cable, 1 monopod, 1 adapter. Total dalam - RM85 gak laaa.

 Casing untuk Note 2, Rm6 je. Casing untuk Samsung yang famous-famous memang banyak jenis. Casing untuk phone yang tak famous pun insyaallah ada tapi tak banyak la jenis, jenis casing common je.

 Casing untuk phone aku Oppo R5, Okay, for your information, dekat sini tak banyak casing untuk Oppo R5, ada jenis flip (definitely not my type la kan), ada yang silikon transparent, dan ni tetibe aku terjumpa yang ni!!! Ni kira nasib baik sebenarnya ada jenis ni, kalau tak aku menangis je la sebab asyik guna yang transparent je.

Monopod RM3 je. hahaha. Actually, ni memang saja je beli. Ada je monopod yang mahal, tapi mahal tu pun tetap murah, cuma aku tak perlukan monopod pun, so beli ni memang saja-saja sangat. Hahah. 




Ni untuk elak daripada anak beranak berebut charger kat rumah. Aku pun tak pasti lah adapter ni masih boleh guna ke tidak, selalunya adapter murah ni senang je nak meletup kan? Nanti aku update balik k (bila la tuh -__-)

Tempered glass pulak mintak je nak jenis phone apa, nanti dia bagi tempered glass tu, kita bayar. lepastu kita bawak ke tempat pemasangan pulak, dia pasang kejap je. Aku try pasang sendiri dekat phone mak aku, senang je no harm :)

Adios!

Labels: