Uncle Tetsu Cheesecake (is bae)

Assalamualaikum, so sejak dulu lagi memang teringin nak makan Cheesecake dari Uncle Tetsu ni. Dulu masa pergi Sunway Pyramid dengan Shakirul Neymar Alexander the Great, dia tak bagi sebab masa tu aku pun boleh tahan bengap juga. Aku bukan nak pi check kedai ni halal ke tak. Instead, aku pergi google Uncle Tetsu halal ke tak then jawapannya "Uncle Tetsu tengah dalam usaha nak minta sijil halal" Rupanya result tu status facebook tahun 2013. Masa beli yang ni rupanya Uncle Tetsu Cheesecake ni halal. 

Ada perisa green tea, coklat, dengan original. Harga original RM21. Tak silap aku yang greentea dengan coklat harganya Rm23. Aku beli original sebab aku forever suka gila cheese and sekarang buat entry ni pun meliuq ja rasa. Masa dah beli rasa nak melompat tau sebab excited sangat-sangat. 


Tema christmas. Who else rasa christmas punya decoration memang cantik? Suka sangat pergi mall time-time nak christmas sebab decoration fancy gila.

Time ni nak jerit je sebenarnya sebab tak sabar :(

Kyaaaaaaaaaa look at this fluffy thing! Serious sekarang pun diselubungi nafsu nak lagi nak lagi.

Actually kek ni, aku nyanyi lagu birthday untuk budak ni. Sebab masa birthday dia dulu aku tak ada nak celebrate. Aku cam "Ala tapi takde lilin." Then dia cakap "Buatpe kita bukan nak sambut birthday pun". Aku : "Kita nak sambut birthday lah ni" *terus nyanyi lagu birthday* tapi dia suruh stop and nyanyi semula sebab dia nak record. Tak jadi sweet! hahahaha. 

Pasni kalau detim nak pergi Sunway jelah. Dapat beli kek ni, walaupun wayang kat Sunway mahal T_T