3/31/2016

Sampul Duit

3/31/2016

Assalamualaikum,
So lepas aku update pasal tong sampah tu, kawan aku ingatkan aku pada sesuatu. Korang tak marah kan aku teruskan #TheLittleThings ni? Ala saja nanti dah besar mesti baca gelak-gelak entri-entri gini hahaha.


So cerita bermula apabila aku dah siap pergi kelas, pastu aku haus gila, aku pergi mesin gedegang. Padahal dah lambat, tapi haus punya pasal kan. Dekat mesin gedegang tu cakap dia terima duit baru dan lama. Pastu aku masukkan duit, boleh pulak dah RM1.60 (kebetulan semua duit lama) , lagi RM0.10 je lagi untuk dapat air, duit baru yang aku try masukkan dia tak terima. Dahellll.

Aku dah masukkan 1.60 kot takkan nak tinggalkan tempat tu semata-mata sebab tak cukup seploh sen. Pastu aku call Neymar, mintak tolong dia datang bagi aku seploh sen. Tapi mamat ni tak angkat call pulak. Zzzzzz. Pastu aku tunggu je kat mesin gedegang tu sampai lah mamat ni angkat call, dia baru bangun. Dehelll (again)

Pastu aku dah give up aku biar jela 1.60 tu T____T

Aku pun gi kelas, damn it dah lambat 40 minit. Dah la mass lecturer. Pastu aku duk luar dewan tu main twitter macam orang tak keruan sebab malu nak masuk. Serious malu sangat sampai tanak masuk haha. Bila tweet, kawan kat dalam suruh masuk tapi aku degil tahap apa dah. Bila Neymar sampai, baru aku masuk kelas tu sekali dengan dia. [ No bashing, saya memang bukan student contoh puhlis]

Gigih aku cari tweet ni. 

Point penting di sini ialah, SEPANJANG KEJADIAN DI ATAS SAYA SEDANG MEMEGANG SAMPUL SURAT YANG BERISI DUIT BELANJA KERANA PURSE SAYA TERTINGGAL DI KERETA SO GUNA SAMPUL SURAT JELA. fuh, penat capslock.

Sampai kat sini aku dah buntu, tadi aku nak cerita pasal sampul duit, ntah apa kena mengena dengan mesin gedegang ntah. Ala nanti orang bosan camane? Okay.

So masa dekat kelas Fin, aku tetibe tercari-cari sampul surat aku tu. Aku wasep Neymar, mak ai, dia tak silent phone, hahaha dah lah kuat noti dia. Pastu dia cakap dia takde pegang sampul tu. Pastu aku pun macam tercari-cari sampaailah madam tanya aku "Kenapa Shazwana?" pastu aku pun minta kebenaran nak pergi DK(kena panjat bukit) sebab takut tertinggal kat mass lecture tadi. Aku naik, aku cari-cari, takda. Aku dah pasrah. Dalam tu ratus-ratus kot.

Bila aku balik kelas Fin, aku wasep Neymar lagi, cakap memang tak jumpa. Pastu dia pergi kat madam cakap nak gi toilet, dia gi naik DK cari duit aku tu. Tak lama lepas tu madam bagi take 5, aku terus keluar kejar Neymar. Masa dekat DK aku nampak dia jalan ke arah aku *macam superman belakang tu ada letup letup asap sambil slowmotion* dia pegang sampul tu dan membebel-bebel bla bla bl bla bla bla bla bla

Aku tetap nak salahkan dia sebab tinggalkan purse aku dalam kereta -________- kan? salah dia kan? kalau ada purse takde la hilang duit tu. Kuikui, gurau. bye