Everytime cakap pasal shuhada, mesti takde modal lain nak sebut. Mesti kenang kitorang time kekecik dulu. Al-maklumlah, kawan dari kecik banyaknya dah berpisah. Heh kami tidak !
Masa kecik kitorang sekolah lain-lain. Dia dekat Sri Muda, aku dekat Kota Kemuning, then apa yang menghubungkan kami? Tempat kami belajar Fardhu Ain setiap Isnin, Selasa dan Rabu. Kat situlah kami kenal tapi TAK RAPAT PUN. Aku tak ingat masa tu rapat ke tak, tapi aku suka dia. (jangan pikir macam-macam uols). Aku dapat tempat paling panas dekat kelas fardhu ain tu, then Ummie tanya, "Nak ajak sape duduk dengan Nana?" Then aku pun jawab "Shuhada" Hahaha kesian dia, dah lah tak rapat pastu aku heret dia duduk sekali dengan aku kat tempat panas.
Masa tu tak rapat lagi.
Suatu hari, aku pergi pasar malam naik basikal (otai) berdua dengan kawan aku. Tetibe time nak balik tu, ada sorang lelaki warga asing ikut kitorang. Siap ajak kawan aku tu pergi taman lagi, dia tak ajak aku, sebab aku nampak macam kanak-kanak riang kot. Walhal kawan aku tu 2 tahun lagi muda dari aku. Masa warga asing tersebut follow kitorang, aku suruh kawan aku ni borak dengan dia. SO aku boleh lah fikir strategi nak lari dari dia. Aku pun terfikir, "Ruq!! apa kata kita pergi rumah Shuhada? kan paling dekat?" Pastu kitorang pun pegi lah rumah Shuhada. Masa on the way tu, boleh pulak salah lorong. Lalu aku pun cover "Eh boleh pulak salah jalan rumah sendiri" lmao dasyat awak ni wana.
Bila dah sampai rumah Shuhada, aku pun bagi salam dengan cemasnya ! Pastu cite kat mama dia, mama dia pun keluar lalu warga asing tersebut pun lari ! Mama dia hantar aku dengan kawan aku balik rumah. Sejak tu kitorang rapat. Terima kasih, warga asing ._.
Mana satu aku? Tet !! aku takde dalam gambar , dua-dua pun kawan aku hehe
This friend of mine memang sangat girly i tell uolss. I mean, dia ajar aku jadi perempuan sikit. Dia kalau bersiap memang lama ! sempat dengar lagu lagi sambil bersiap. Kalau aku, petik jari je dah siap, tu yang selekeh tu. HAHAHA.
Okay mari flashback balik kenangan lama.
Aku ni boleh dikatakan muka tak malu, asyik ikut family dia kemana-kemana. Haha family angkat uolsss ada? Aku penah ikut dia pegi Pahang sempena makcik dia kahwin. Masa tu kitorang sama tinggi. Kembar tak seiras keke. macam-macam aktiviti dilakukan bersama kat sana. Siap beli buku nota lagi , untuk tulis nota sama-sama. Memang aku sayang dia gila-gila T____T
Pernah satu bulan puasa tu, kitorang keluar sama-sama dengan mama dia. Adik Shuhada, Haikal , dapat Mc'd. Dia budak kecik, tak puasa . Kami yang berpuasa ni, sangat tergugat dengan Mc'D beliau. Lalu kami melangkah slow slow ke meja makan .. ambik seketul (?) French fries, dan ngap ! Hambik kau, curi makan pun sama-sama.
Last year, aku ada ikut Shuhada menginap dekat hotel sebab papa dia ada urusan kerja. Kami agak jakun dengan hotel, so kami pun jakun lah sama-sama. Haha.
Walaupun begitu, kami lain kelas. So sehari tu cakap lebih kurang sekali dua je kot. Kadang-kadang tak cakap langsung even duduk sebelah sebelah. Buat hal masing-masing, tapi tak pernah awkward sesama sendiri. Aku nampak dia rajin belajar, so aku pun semangat nak belajar bila nampak dia belajar.
Happy birthday NurHamiza Shuhada !! Semoga panjang umur dan murah rezeki. Aku sayang kau gegila ! Semoga keputusan SPM kau setimpal dengan usaha kau selama ni !
p/s: aku nak post gambar aku dengan dia tapi tudung aku terpendek :/