End Of Sem 1

Assalamualaikum,

First let me introduce mereka-mereka yang menceriakan Semester 1 aku. Hihi. Ni semua vscocam ye. Ambik gambar-gambar ni pun dari album vscocam. Harap maklum.


JBM111H. Ni separuh je, yang lain takdo gambar sorry. Tbh I'm not really friendly pun dalam kelas, Zue siap cakap aku sombong. Tapi sebenarnya aku kisah okay pasal diorang semua, cuma kalau nak borak tu tak tau nak cakap pasal apa. Sebab tu mendiam seribu bahasa. Sorry Zue lapyouuu <3 Btw mana satu aku? jeng jeng jeng.


Semestinya roommates. Aku ingat semua roommates rapat, tapi bila tanya kawan-kawan diorang sebenarnya biasa-biasa je dgn roommate. Aku ni kehulu-kehilir dengan roommates makan mandi basuh baju jemur baju study semua dengan roommates. Kitorang banyak gilos selfie dan rakam video sampai bila habis sem balik rumah tu berair mata aku scroll gallery. Mencik.

Masa final haritu, kami penat sangat study untuk final. Last-last kami stay up untuk berborak. Berborak pasal hal yang berat macam cinta, family, dan semua hal yang serious. Masa tu aku tengah ada masalah hati tak tahu nak pilih antara Kevin, Woohyun atau Suwoong yang ketiga-tiganya confess huahuahua jk.

 

Aina Aqilah Binti Yahya. Tak ingat nama dia ada Nur ke takde wekk. Nama sama dengan bestfriend aku pastu jadi bestfriend aku yeay aku ada dua Aina Aqilah. Nampak tak kalau kitorang selfie automatik jadi gedik tak terhingga. itu ada keselesaan ye. Dia ni sukaaaaaaa bebel benda-benda kecik dekat aku. Padahal dia tu.... kehkehkeh kau jangan sampai aku menutup periuk nasi kau Aina. Haha. Jk. Dia sangaaaat tak suka bila aku buat keputusan nak jadi komander. Dia bukan larang aku, dia tak pernah larang. Dah hari last baru dia luahkan yang dia sebenarnya sedih sangat aku jadi komander. 

Hagaknya sampai sekarang dia doa aku tak dapat pergi LIBK tu nanti. Haha. 


Team kawad bomba. MANIS PAHIT PAHIT PAHIT. Satu kali manis tiga kali pahit. Pengalaman. Sayang dan obses pada unit beruniform akan mekar kalau kau masuk perkad. Percayalah. 


Group Arab. Kitorang bertungkus-lumus siapkan assignment video arab. Banyak sangat gelaknya.  Aku selalu kutuk iklan tv yang awkward sangat lakonan mereka tu. Nah hambik kau, berlakon la kau sendiri. Banyak sangat gelak hahaha. 

The end. Yang takde dalam gambar jangan nangis. Tu la aku ajak selfie taknak. Pastu selfie tak ajak aku. Hahaha jk . Byeee 

Freebies : Background #29

Download lepas tu upload sendiri sebelum guna ya.