Kemiskinan, bukan hanya di Afrika.

Assalamualaikum,
Kita selalu rasa tak cukup, atau lebih tepat lagi, AKU selalu rasa tak cukup. Mesti ada je yang aku nak, mungkin tak payah dapat secepat mungkin, tapi tetap nak jugak.


Salah satu iklan di 8share ni sungguh menyayat hati, 

Dulu heboh budak Africa memakai selipar yang diperbuat daripada botol plastik. Tak sangka pula dekat Malaysia pun ada.  Nak menangis aku baca Entri ni

Bukan tak tau ramai yang lagi kurang bernasib baik, cuma jarang renungkan.  

Aku teliti satu satu gambar yang di ambil. Berat mata memandang.

Nampak dia guna tupperware bekas icecream, aku selalu tak senang bila family aku simpan bekas aiskrim sebab aku rasa benda tu bersepah. Aku buang bekas tu sepantas kilat. Terfikir balik.. benda yang aku buang tu lah diorang guna. Tapi aku tetap takkan simpan bekas aiskrim walaupun pada masa akan datang (haha thats so me) 

Entri lanjut disini