Semasa aku darjah 5, aku pergi check mata dekat kedai cermin mata (of kos lah). Akak tu kata power aku 200 lebih. Eh, aku rasa macam penglihatan aku ni okay je. Then aku buat dono. Then now dah besar, aku selalu cakap "Saya tak rabun." Hekhek. Then selalu jadi mata Ikaa setiap kali pegi mana-mana, dia akan suruh aku bacakan sign board kereta api sebab aku masih boleh nampak objek jauh. Dan aku bangga. Ya, bangga. Ok gurau.
Sehinggalah sem ni , aku rasa mata aku tak sedap. Lelagi bila duduk dalam dewan, muka orang kat depan aku dah confuse mana hidung mulut mata dia. Disitu aku sedar, aku rabun. Aku ni pun satu, pernah tulis entry "Tips penjagaan mata" tapi tak pernah ikut -_- ya ampun!!
So bila dah sedar diri rabun tu, maka aku pun pergi One Segamat dengan kawan aku Nisak, untuk mendapatkan sepasang lagi mata. Aku pun check la mata aku, akak tu inform power seratus lebih. Aku masih terfikir, seratus lebih tu tinggi ke tak?haha. Yang tak best, semua cermin mata kelihatan besar dan tak seimbang dekat aku. Bila aku pakai, Nisak gelak. Aku try ini, Nisak gelak. Aku try itu, Nisak gelak.
Aku tanya akak kedai tu, dia bagi aku spec yang paling kecikkk skali. Sebab bentuk muka aku tak sesuai pakai spec besar ...
tadaaaa!! Okay maaf terpaksa
Sekian.