Assalamualaikum,
Haaa this entry is for those yg bakal dapat sambung study dekat UiTM Segamat tapi tak dapat imagine UiTM Segamat macam mana. Dulu aku pun tak dapat gambaran langsung pasal UiTM Segamat. Dah lah tak pernah duduk asrama, lagi lah tak boleh nak imagine mandi semua macam mana. Takut bila terbayang satu kolah then student kena share mandi ramai-ramai. Hahahahahaha ntah dari movie mana aku tengok sampai begitu rupa gambaran aku ni.
Bilik
First thing yang dulu aku paling curious adalah bilik. Aku tak sure pasal kolej lelaki tapi kolej perempuan ada dua sektor. Sektor B dengan Sektor C, sektor B merangkumi kolej Baiduri dan Mutiara (and nilam kot?) . Dulu aku kolej Mutiara, bila dah jadi komander aku tukar kolej Baiduri. Usually student yang dari awal dapat kolej situ akan tetap duduk dalam kolej yang sama je kecuali berlainan bilik. Satu bilik duduk 4 orang. Sektor C pulak ada kolej SAB, SMK, Intan, dan Zamrud. Aku tak tau sangat pasal sektor C, tapi tak silap aku ada yang duduk 4 orang, ada yang duduk 2 orang.
Yang penting bilik okay je. Ada yang single bed ada yang katil dua tingkat. Usually senior katil bawah junior katil atas. Setiap orang dapat satu meja dan almari/locker. Tu je kot(?) haha. Kalau awak harapkan bilik yang cantik seperti rumah anda memang tidak lah nak dapat yuran kita murah je kan ;) Tapi trust me bilik tu kalau dihiasi dgn kasih sayang whatsoever memang sayang gila nak tinggalkan T_T
Tandas.
Setiap wing ada tandas, jangan risau sangat kena pegi tandas jauh-jauh. Dan dalam setiap tandas ada banyak tandasssss dan bilik mandi dan singki. Bilik mandi ada banyak dan tak ada kolah besar seperti yang aku terbayang dulu. Haha.
Makan
Kat sini ada tiga tempat makan. NR (berdekatan sektor B) , Intan Food Court (Sektor C) , and Pama (dekat admin) so yeah, nak makan kena jalan kaki pergi makan. Aku ni malas nak jalan sebab tu makan pun jarang. Hahaha. Btw jangan risau lah, takkan kurus punya lah jalan kaki ni! Sebab aku pun tak kurus-kurus :(
Kelas
Ha yang kelas ni, mula-mula memang confusing. Awal-awal memang terpaksa tanya senior yang lalu berdekatan "Kak, U001 kat mana?" Sambil membelek-belek peta. And yes, korang akan dapat buku ni masa minggu orientasi. Yang penting dia sebab ada peta bangunan. Bangunan banyak sangat tu yang buat orang confuse.
Cara baca nombor kelas tu boleh tanya roommate yang senior k (kenyit mata). Jangan risau lah sebab pergi balik kelas jalan kaki je. Tak letih sangat pun, lama-lama terbiasa lah. Untung UiTM Segamat ni tak sebesar UiTM Lendu, dengar cerita depa lagi jauh jalan nak pergi kelas. Takpa, berkorban untuk menuntut ilmu heee.
Pakaian
Pakaian sahsiah rupa diri, sahsiah rupa diri tu appropiate lah jangan pakai mini skirt semua kan. UiTM tak haramkan freehair tapi Islam haramkan (kenyit mata). Hm apa lagi eh.. Ha!! Setiap hari Isnin kena pakai baju kurung, tapi ramai jugak yang pakai jubah pada hari ini. Kalau Polis Bantuan buat operasi, yang pakai jubah akan kena saman. Kad matriks pun kena sentiasa pakai k.
Going out
Haaaaaa ni dulu aku teringin sangat nak tahu sebab bila aku google/ or baca forum, diorang cakap segamat ni dalam hutan bandar takde bagai blahblah. Okay, sebenarnya takdelah teruk sangat okay. Takdelah hutan mana, Segamat ni dalam proses untuk maju. Siapa cakap bosan? Kalau free boleh je keluar pergi mall 1Segamat Mall. Orang cakap dalam tu takde apa sangat tapi setiap kali aku pergi banyak gak habis..... hahahaha. Ada wayang, kedai buku, mr.diy,karaoke, UO (shopping barang basah) and jual baju, camera, phone, makanan, more than enough for me ahaha tbh best keluar sorang-sorang pegi 1Segamat ni. Macam tak terlalu bahaya untuk aku sorang and yeayyy aku boleh sorang.
Kalau ada kereta boleh pergi Ledang, Melaka, atau pergi bandar yang lain. Transport nak pergi 1Segamat tu ada bas sekolah yang tambangnya RM3.
Setakat ni tu jelah kot. Kalau ada yang salah mintak tolong komen betulkan, and kalau ada apa-apa nak tanya boleh lah tanya okay ;-) Byeee
kalau nak dapat gambaran pasal life study boleh bukak tag LIFE, MASAM MANIS STUDENT LIFE , apa-apa soalan boleh tanya dekat Ask.fm saya http://ask.fm/wnsby