The Little Things : 00:00 Birthday.


A detailed story from - http://www.wanaseoby.com/2015/05/happy-birthday-to-me.html

So it was 6 May 2015. Oh, nak birthday aku dah lagi beberapa jam. Tapi aku benci birthday aku, sebab minggu sebelum tu aku heartbroken for the first time. The heartbreak was huge, sampai demam. Yelah heartbroken pada hari yang indah, siang kau bahagia malam kau kena deal dengan shits. Tu lah orang kata jangan bahagia sangat. Aku sampai fobia, fobia betul kalau ada orang dm instagram aku. Aku asyik terfikir, kenapa lah aku tak defend diri aku, aku tahu aku boleh menang. Tapi buat apa menang? Orang tu dah sakit banyak, aku mengalah. Tapi orang tu masih buruk-burukkan aku. Tak apa, dah lepas.

Shakirul Neymar Alexander The Great ajak lepak mamak jap, pada 6 May 2015. Aku sebenarnya cari alasan untuk menolak, tak ada mood. So aku pun tolak, aku buat alasan macam-macam. Tapi bila tengok betapa kecewanya dia, aku setuju laaa k laaa yelaaaaa. Tapi tetibe dia pulak cakap tak ada kereta nak keluar. So semua benda cancel. Aku okay je.

Bila dah cancel ni, aku pun tidur la dekat bilik mak. Tapi aku terbangun sebab banyak misscall. AKu tengok whatapps aku dah macam nak meletup dah dengan wish birthday. Neymar call lagi, dia cakap turun sebab dia dah nak saampai rumah. Aku macam WHATTTTTTTTTTTTTTT? So aku lekas-lekas bersiap pakai tudung semua, turun, dia memang ada depan rumah. Dia tak keluar, buka tingkap je. Lepas tu dia hulur satu kotak, sambil cakap "Happy birthday, sorry tak dapat keluar tadi."

Lepas dia dah gerak, aku baca whatapps dari dia. "Wana aku otw gi rumah kau ni." "Wana angkatlah call." "Dah sampai Petronas ni." Time tu aku rasa bersalah sangat sebab beria tolak, buat alasan.Bila aku bukak hadiah tu, macam-macam effort dia buat, aku tak tau, aku tak pasti apa aku rasa.

Page pertama : Ada dua gambar tulis wish, dekat pasir pantai. Ya, hujung minggu lepas dia pergi Terengganu. Rupanya dekat twitter dia ada bagi clue pasal ni. Baru-baru ni dia ada cerita, dia tulis banyak kali tapi setiap kali orang lalu je dia cepat-cepat padam sebab malu hahahahaha. aku terbayang je dak ni pergi cuci gambar lepas tu dia potong, then dia tampal kat buku tu. Hahaha usaha seorang gadis.

Belum lagi cerita satu page ni dia lukis interface instagram siap cuci gambarr lagi nak letak kat "instagram",  satu page lagi penuh dengan wish dia, ada pulak, aku teringat satu je "Tolong jangan berubah, ada orang tunggu." and some quote yang dia kata daripada Shakirul Neymar Alexander The Great. Sampai sekarang tu nama dia.

Dia cerita pulak, haritu dia tak dapat kereta sebab ada kereta rosak and ada kereta abang dia bawak. DIa hampir naik motor (dia paling takut and tak suka naik motor hahahahaha) nak pergi rumah aku, dah lah rumah aku jauh, ish, kalau dia buat betul-betul memang aku tumbuk dia. Last minute, mak dia bagi guna kereta. Sekali lagi aku rasa bersalah sebab beria cari alasan untuk cancel lepak dia ajak tu.



Birthday Neymar ni pulak, panjang ceritanya. Macam-macam jadi. Macam boleh buat entry baru dah. Haha, lain kali lah. 

Labels: