First Day Masuk UiTM

Assalamualaikum gaiz,

Soalan yang dipertanyaka di ask.fm. Silalah tanya dekat ask.fm saya jika ada apa-apa soalan lagi, kalau mampu dijawab akan dijawab. Eh macam iklan.Masalah aku kat sini ialah, aku lupa. Aku dah tak ingat dah first day masuk UiTM aku camne, tapi aku try recall sikit-sikit. Insyaallah aku try dapatkan dalam masa... 3...2....1.

Malam sebelum tu aku tak tidur, aku menangis sorang-sorang kat balkoni luar dah macam heroin drama putus cinta, aku rasa bukan menangis dah tu siap meraung. Tapi bila semua orang dah bangun aku buat-buat lek je, kitorang bertolak awal pagi pukul 5 camtu kot, semangat gila kan.  Solat subuh pun kat rnr. Time tu aku pakai baju kurung. Jap nak cari ada tak selfie pada hari tersebut, rasa nya macam tak ada sebab muka aku buruk gila time tu sebab tak tidur en.

*setelah aku mencari, tak ada hukhuk. *

Time hantar aku pergi UiTM, adik-adik aku semua ikut baq hangg, adik beradik 6 orang semua sumbat dah lah barang pun banyak. Yang nice dia sebab sekali angkut je beb naik atas, tak payah nak ulang alik bila ada ramai askar.

paling nervous sekali masa dah sampai kat pagar UiTM, rasa macam....okay so I'll be staying here... okayyy. Suprisingly, nampak hutan-hutan, monyet, semua kehutanan tu, buat rasa lega sikit. Okay environment tersangatlah okay, macam dekat kampung peladang (Pahang ) saya.

Disebabkan sampai awal, aku pun dapat lah jadi orang first yang masuk bilik yeay, so mestilah cop katil bawah. Masa tu tak fikir apa dah selain "ya allah aku kene berpisah dengan mak" "nak balik T_T" "Taknak mak balik" "Camne nak cover nangis ni kalau mak balik."

Procedure dia bila dah sampai, kat luar pagar abang abang pm yang hensem lagi baik cakap selamat datang dengan senyuman riang, lepas tu parking nanti dia bagi satu kertas, kat kertas tu tulis kolej apa kita dapat. Nasib dia macam kat sini lah, ini lah nasib ko dapat kolej mana, hahaha. Lepas tu pergi kat kolej tu, beratur isi borang then naik bilik letak barang. And then buatla apa nak (aku lepak dengan family pergi One Segamat jap) then nanti petang kena barkumpul. Bermula lah sesi Minggu Destini Siswa andaaaaa yang aku personally tak suka hahahaha

 
video MDS time batch kitorang, bila tengok balik video ni, ada je jumpa muka yang kenal kenal. haha so random. Tak sangka dorang ada je dulu beratur skali dengan aku, satu dewan. Dulu semua orang sama je, awkwardnya bila semua nak tanya "Course apa?" HAHAHAHHAHA. 

Actually, first day masuk UiTM tulah, first time jugak peluk mak abah. For sons and daughters yang tak biasa peluk parents tu, hari-hari camni lah boleh start. So sejak masuk UiTM, aku keluar pi memana pun okay je peluk cium mak hihi. 

omg hambarnye entry. Ada soalan tak sebab tak tau nak cite pasal apa sebab first day macam tu je -_- banyak play with emotions lah contohnya menangis dalam shower, menangis bila roommate takdak, hahahahhahaha