Showing posts with label Blogging Story. Show all posts
Showing posts with label Blogging Story. Show all posts

5/09/2016

New look.

5/09/2016


Assalamualaikum, hi dah tukar rupa baru sempena umur 20 pada 7 Mei yang lepas. Ececeh, saja ja cari alasan, padahal saja-saja je nak tukar. I am seriously in love with this look ;_; Mesti ada sesetengah blogger yang baru berkunjung tak faham kenapa saya suka tukar design, tukar design adalah hobi sebenar saya. Buat benda ni bagi kepuasan, so saya akan teruskan buat. Tak kesah lah orang nak cakap lebihkan design daripada mengarang entry, saya minat sangat :)

Firstly thanks kepada Gold and Berry untuk gambar bunga cantik-cantik tu for free. Susah nak cari yang free, selalunya kena bayar. Thank you so much. In case kalau sape-sape nak jugak, saya ada jumpa satu lagi freebies -> The Smell of Roses. Tutorial automatic Read more daripada Kawaii Lady's Blog cuma diedit sikit. Share button bawah entry ni, saya guna tutorial daripada blog ini - The Blog Decorator. And lastly, tooltips, daripada Xu. Update: related post widget daripada Help Blogger

Thank you so much!

1/31/2016

Tukar rupa lagi.

1/31/2016

Assalamualaikum, haii guys. Okay so back with new look again hahahaha sorry asyik tukar, sebab skin sebelum ni kan sementara je . tak tukar bukan wanaseoby lah kan. haha.



Macam biasa aku akan buat blogskin version dulu then edit dekat simple template. Tu je lah mampu, nak buat template sendiri tak reti pulak. Haha. Banyak code yang dah lupa, and kali ni banyak menggoogle hihi. 
Siapa nak sidebar intro macam ni angkat tangan. Kalau nak boleh buat tutorial ni ! And guys fyi, saya dah buat facebook page yang real punya lol sudi-sudilah like, hing. (hing tu adalah satu sengih yang dicipta oleh wana). Lokasi widget facebook ni ikut hafizzulkafly sebab strategik hahaha.  . Tempahan edit blog? yay or nay? 

4/15/2015

New Look & Wanaseoby.com

4/15/2015


Assalamualaikum, After semalaman bersengkang mata akhirnya dapat jugak tukar rupa blog. Ternyata sukarnya menggunakan layout orang lain kerana memerlukan banyak penelitian untuk ubah mengikut cita rasa kita sendiri. Sementara ada internet ni marilah kita ambil kesempatan. Sebab esok dah nak balik Segamat dah.

Kenapa pilih design ni instead of kartun kartun, fancy fancy? 
Sebab sejak kebelakangan ni banyak benda , terlampau banyak benda yang terjadi yang membuat otak aku kurang berkartun dan ceria dah. Hm cepat kembalikanlah keceriaanku! Tak tahu la ni perasaan temporary ke perasaan sampai bila-bila but one thing for sure, I'm changed T_T  Okay dah masuk topik lain ni. Dah boleh buat entry lain dah pasal changed changed ni haha.

Korang perasan tak domain blog ni dah Wanaseoby.com? Actually dah lama dah beli domain ni cuma takde spirit nak buat entry pasal ni.haha. Dah lama dah teringin nak ada domain sendiri tapi asyik tangguh now dah ada. Yadah yadah!

Okay sampai disini sahaja. Goodbye and have a nice day !

2/28/2014

Rupa baru buat kali yang ke - 3824732

2/28/2014

Assalamualaikum, tajuk hiperbola kemain. Tapi kalau aku tukar , memang takyah terkejut la, skin aku mana la penah kekal walaupun sebulan?

Aku rasa nak tukar sebab aku tengok skin yang aku freebies, rasa macam gatal teringin je nak tukar... hahahaha let me be me.

Haih nak layout unik tapi takde idea ..

1/17/2014

My thought on Simple Template

1/17/2014

Assalamualaikum,

Sejak 2011, macam-macam template yang aku guna. Dulu simple template, lepas tu denim, akhirnya blogskins. Sepanjang aku berblogging aku rasa dah 65453438413 kali dah aku tukar template (hiperbola). Entry aku tak habis habis tajuk "New look" "Rupa baru" dan sebagainya. Entah bila nak type entri normal pun tak tau lah =="

Sejak aku godek simple template pada 18 Dec 2012, Aku dah tertarik dengan function komen simple template.

Menda alah ini lah yang aku maksudkan. Seperti drop down gitu. Boleh terus reply komen, sangat memudahkan.Tapi, benda ni ada bila kita pilih Embedded Post je, so takleh buat Popout Comment.

Kalau nak yang pop out pun boleh, ada tutorial untuk "reply to comment" kan?

(Sebenarnya aku ada masalah dengan icon orang yang komen tu, walaupun bukan anon, dia tetap keluar muka anon. Sebab taknak tengok muka anon je aku buat gambar background purple macam tu. Ada sesiapa tau jalan penyelesaian?)




Selain tu, kalau simple template, kita boleh tengok preview post yang bakal dibuat. Dah jadi habit dah tekan preview tu hahaha.

Tapi, bila rindu blogskin i pakai blogskin lah. haha. Anda suka yang mana? (cewah bunyi cam iklan je)


1/13/2014

New look lagi ke? hayo

1/13/2014

Assalamualaikum,


Mungkin ada yang pening, mungkin ada yang lebih suka template yang lepas, mungkin ada yang "Suka hati kau lah nak tukar ke taknak, blog kau kan." <-- (personally oden suka orang jenis cemni lol) . Sebab aku tukar template ialah.... orang berminat sangat dgn header template lama aku lol , aku takleh buat tutorial benda tu sebab complicated, so aku decide nak buat freebies. Hang jenguk lah sendiri code dia. haha sorry kepada mereka yang ask tentang header tapi aku tak jawab. Sorry sangat ;_;

Kalau hati aku terbukak nak siasat balik apa yang aku buat dengan template tu, maybe aku akan buat tutorial. Al-maklumlah aku ni cakap je lebih sobs nak buatnya ntah bila.

Sepanjang cari idea nak tukar, aku asyik search sana sini cari inspiration. Akhirnya, inspiration datang dari template ni http://html5up.net/escape-velocity/ . Aik? kenapa lain sangat? Sebenarnya, masa buat tu banyak gilo proses, mula-mula buat blogskin version dulu, pastu ubah sana sini, pastu buat simple template punya pula (senang sikit kalau buat blogskin dulu,walaupun ambik masa lama). Dalam proses tu macam-macam ubah. Terus jadi simple macam ni, kalau lah aku tau jadi simple macam ni takde maknanya aku nak buat proses yang berlanjutan tu puih.


Idea asal. Tapi tak kena dengan image aku yang comel momel ni . Ok perasan.

Wasalam.

12/12/2013

Rupa baru

12/12/2013

Assalamualaikum,




yeay akhirnya berjaya tukar rupa blog ni. Selagi tak tukar, selagitu takde mood nak update , simple je sebab serious takde idea langsung nak buat. Nasib baik tengah angau seseorang so senang sikit nak dapat ilham tu, kekeke.

Disebabkan blogger dah berubah, saya terpaksa ubah beberapa tuto ;_; leceh mak aih ;_;