2/23/2014

Bila dapat notis Poslaju.....

2/23/2014

Assalamualaikum,

Tunjuk belah belakang je, belah depan terdedah maklumat la pulak kan. ahha

lebih kurang 3 hari lepas kot? ke 4 hari lepas? Aku dapat notis dari Poslaju sebab aku takde masa diorang hantar parcel. Frust frusssst sebab memang takde siapa yang nak hantar pegi pejabat pos tu.

Dulu penah jadi sekali, aku email kat poslaju untuk minta penghantaran kedua. Kali ni rasa macam menyusahkan pulak.. padahal aku bayar rm7 tu kan. haha

Dalam tu ada tiket .. yang bernilai rm250. Semurah-murah tiket aku rasa, itu pun beli atas perjanjian dengan abah. Hutang, hahaha. Tiket apa tu aku kena rahsiakan. Adakah tiket kapal terbang? takde masa aku nak melancong.  Aku .. aku... tak sabar nak tengok tiket tu tapi jadi ceni pulak. hahaha.

Aku tengah fikir nak labur duit teksi untuk pegi kat pejabat pos tu .. haha dah la tak keje. Asyik kena melabur je.