2/25/2014

Korean Variety Show.

2/25/2014

Assalamualaikum yeorobun,
hek eleh mementang ada korea mesti nak yeorobun yeorobun segala.

Boleh dikatakan Variety show ni salah satu faktor kenapa aku suka Korea (selain faktor visual :p). Aku rasa kualiti variety show korea ni agak tinggi dan best untuk tengok. Walaupun kadang-kadang macam bodo je tengok ha ha. Reality show pun sama, walaupun tak lawak dan pasal kehidupan je, tetap menarik nak tengok.

Sekarang ni yang aku currently tengok -

Two Days and One Night. 


Aku tengok dulu dari season 1 . Aku tengok sebab ada Lee Seunggi kekekeke. Serious show ni best dan lawak gilos. Lagi satu, disebabkan show ni la aku rasa Korea tu cantik sangat ._. Pandai betul diorang rakam bagi nampak cantik je ~ that's why aku suka kualiti broadcasting korea. 

Dah masuk musim baru ni, rasa aneh dan kurang biasa bila 4 dari diorang member baru. Memula rasa macam eee tak suka.. lama-lama baru dapat tangkap lawak diorang ni. Show ni ada dekat Astro KBSW channel 392 . Aku tak tau hari apa dan bila sebab mula-mula aku record, lepas tu tengok-tengok je dah ada dalam recorded list. hihi

Running Man
Aku rasa show ni semua orang tengok, lol.


walaupun lawak kanak-kanak belaka dan tak matang belaka, memang hit my sense laaa. Aku selalu tengok Running Man ni hari Sabtu. Jumaat tu aku record. Sebab kan bersengkang dengan Maharaja Lawak Mega , hahaha. Walaupun Maharaja Lawak Mega dah habis, aku masih takkan tengok running man Jumaat tu. Terbiasa kot. Dulu aku minat Kwangsoo sebab watak dia kesian, tapi lama-lama aku sokong Jihyo je. Pastu sokong guest. haha.

Running Man pun selalu mempamerkan keindahan tempat-tempat yang diorang pergi, tak kira la negara apa pun.

Hello Counselor



Hello Counselor ni pun best ! Kadang-kadang host dia buat lawak. Show ni pasal penonton yang menghantar masalah dekat diorang, kemudian selesaikan masalah diorang dekat show ni. kalau tengok show ni, memang masalah diorang tu kita takkan jangka pun wujud. Macam-macam.

Idol yang jadi tetamu nampak extra cantik dekat dalam show ni ! Tak tau la camera setting ke apa kan, tapi serious cantik *o*

Weekly Idol

Aku selalunya tengok Weekly Idol guna handphone je. Selalunya cari dekat Youtube, then terkehkehkehkeh sorang-sorang. Dua pakcik ni serious lawak. Kalau nak lagi lawak sila cari episode yang bertetamukan Teentop, Infinite ataupun BAP. Teentop dengan Infinite la paling lawak. Kedua-dua mc ni suka cari mangsa bahan. 

Expect more??

Takde. Aku memang follow up 4 ni je. Sebab aku malas tengok show online sekarang. Aku tengok apa yang ada dekat tv je. Kalau tengok online pun We Got Married Taemin dengan Naeun je, itupun lambat-lambat je tengok. Haha


http://es.drama.wikia.com/wiki/Weekly_Idol
http://infinitechinggyu.wordpress.com/infinite-contents/tv-shows-guestings/
http://english.kbs.co.kr/hallyu/gallery_view.html?No=1917