pinjam gambar dari http://udakdilah.blogspot.com/ >__<
Dari tahun lepas aku dengan Asyrina (dia pun turut berkongsi memori sebab dia pun wujud masa tu , kita besprengg) cari manisan ni. Punya la tanya sana-sini, tetap tak jumpa sebab nama manisan tu pun kitorang tak tau. Nak google pun tak reti sebab tak ingat benda tu apa benda. Hahaha.
Malam tadi dekat group wechat tiba-tiba Asyrina cakap pasal benda ni. Lepas tu aku decide nak tanya ex-bestfriend aku tu.
Maka video ini pun keluar. Wahahahaha puas hati I sebab memang itu lah benda yang I makan dedulu. Tapi masih tak tau nama manisan tersebut. Search punya search punya search, akhirnya dapat tau yang nama manisan ni "Gula Mitai".
Tapi tapi tapi .... benda ni tak jual dekat semenanjung... macam mana nak cari? Ada sesiapa boleh belikan dan post kesini? T_T sila contact saya yaa.
wasalam