3/14/2014

Tips Menjaga Mata

3/14/2014

Assalamualaikum,

Ok entri ni aku buat terus lepas tengok show Vitamin a.k.a Korean Show. Ayah aku kata jakun semua Korea nak tengok, padahal show ni sangat berguna ~


Tips ni memang sesuai dengan aku yang sangat risaukan nikmat pemberian Allah ni tapi tetap suka menatap android, tv, dan tido lambat. Sejak dah tak sekolah ni aku sendiri rasa mata aku dah lain macam.

Ok straight to the point

IMPROPER HABIT YANG PERLU ANDA ELAKKAN

1) Terlampau fokus pada skrin .
Bila kita terlampau fokus, secara tidak langsung mata kita kurang berkelip dan menyebabkan mata menjadi kering.

2) Menonton tv / main phone / menjahit / atau membaca buku dalam gelap.

3) Menggosok mata.

4) Memakai contact lense murah/ untuk kecantikan.

Apa salah vixx sampai aku buat contoh????? Well, diorang selalu takutkan aku dengan mata diorang bila perform. padan muka  XD 

Dah macam-macam kes dah contact lense ni, tapi orang still pakai. pape la ~


CARA MENJAGA MATA

1) Selepas membaca / bermain android / tengok tv / tengok pc / tengok laptop selama 50 minit, pejamkan mata anda selama 10 minit.

2) Keluar ke tingkap dan memandang permandangan yang jauh selepas melakukan kerja (yang perlukan fokus mata) untuk melegakan keletihan mata anda.

3) Semasa bekerja, kelipkan mata anda dengan sengaja. Juga gosokkan kedua-dua tangan anda dan tekapkan tangan anda dimata untuk menghilangkan keletihan mata.

4) Elakkan menggunakan eye drop yang dijual dipasaran dengan terlalu kerap. Jika mata terlampau letih, disarankan berjumpa doktor untuk mendapatkan eye drop (idk about this, maybe dekat korea jekot?)

5) Elakkan membeli cermin mata ataupun sunglasses yang murah, pastikan anda membeli dari pakar sahaja. Cermin mata yang dijual di kedai-kedai tidak dijamin kualitinya dan mungkin boleh rosakkan mata. Cermin yang tidak rata 100% permukaannya boleh merosakkan mata.

Kalau nak tengok show tu tekan sini 

wasalam ~