Comeback ! (random bebel and result !)

Assalamualaikum,

Yeay comeback lepas rancang nak menghilang beberapa hari lepas result spm. Saya menjadi anti kepada suasana sebab berhabuk, panas dan....... rasa nak keluar dari rumah je sepanjang rumah still tak siap lagi. #PrayForWana

Now pc dekat bilik adik. Dia ada download game R.Y.L kebenda ntah yang mungkin akan membuatkan pc ni jadi milik dia, selamanya. Jangan harap, kalau ko nak aku dapat lappy sendiri, maka buatlah harta. Jangan jeles pulak nanti. Bisik wana.

About result.... YEAYY. I have no reason to be sad because of my result. Dapat result yang tak dijangka , tapi result tu sebenarnya target cikgu terhadap aku. Alhamdulillah, aku dengar cikgu jerit gembira lepas aku bagitau result dalam telefon. Keluar sekolah tersengih-sengih.

Paling penting sekali, ada dua subjek yang aku target fail. Ulang suara, FAIL. Bila dapat result

Me :  Assalamualaikum cikgu (salam sengih sengih). Sorry haritu tak sempat nak salam cikgu semua, kelam kabut (bercakap tentang hari pulang buku teks yang memilukan dan sangat kelam kabut) 
Cikgu : Takpe. Nah tulis nama dengan ic tandatangan.
Me : (Tulis nama sambil menggeletar tangan)
Cikgu: Tahniah. Terbaik dalam kelas. _A.
Me : Betul ke cikgu ?!!!!!!! 
Cikgu : Ya, takde fail.
Me :  HAHHHH????? (EXTRAVAGANZA TERKEJUT) Akaun Addmath pun??? O_O
Cikgu : Yeee...

Alhamdulillah. I didn't expect it. Dari sudut hati yang kecil ini, memang aku harap taknak fail. Tapi aku yang jawab, so aku boleh predict la aku failed. Alhamdulillah, berkat aku main jawab je apa yang aku ingat hentam hentam hentam, dapat juga la gred yang boleh bantu untuk masuk u nanti. Yelah, aku tengok kelayakan banyak tulis kredit kredit kredit je kan. haha

Walaupun ai rasa terkesima dengan yang dapat straight A's tu. Tapi ai patut pandang diri sendiri. Memula rasa macam tak tau la patut hepi ke tidak sebab aku bukannya dapat straight As and bukan subjek susah pun -_-  tapi bila kawan-kawan hepi untuk kita, baru kita rasa betul-betul hepi. cewah -_- lelebih pulak.

Terima kasih kepada yang mendoakan. Dari mula-mula dapat result PMR, dah ada yang doakan aku dapat keputusan yang cemerlang untuk SPM. Sepanjang form 4 dan form 5, ada je yang cakap goodluck dekat aku. Masa birthday sepanjang form 4 dan form 5, ramai yang mendoakan SPM aku. Doa cikgu-cikgu, doa mak ayah, doa kawan kawan dan semua ~

omg nak nangis pulak. Ai memang terlebih-lebih emosi.

Aku rasa aku tak patut hina eyebag aku sendiri. Tak sia-sia aku berjaga malam. Alhamdulillah. Hihi. 
Congrates dekat semua yang dapat result gempak dari ai ! yang rasa sedih sebab result tu.. kita semua tau result ni sementara. Kejayaan sebenar bukan terletak pada result spm ...

Got7? GOT7? 

 

Sorry untuk semua proses yang saya delay sepanjang hiatus ~