Assalamualaikum,
aku nak cerita pengalaman aku harini sebagai seorang pengguna. cehwah. Btw, aku dah balik rumah. Balik sebab nak beli laptop. Tapi ayah aku bagi pilihan, nak beli handphone dulu ke laptop dulu? Aku pun pening memikirkan... kalau aku beli phone dulu, laptop tetap ada ayah aku punya. Kalau aku beli laptop dulu, aku terpaksa stay dengan SII yang sudah cracked itu. Lalu aku pun buat keputusan pilih handphone. Bila aku pilih phone, aku kena pilih pulak antara S5 ataupun Iphone5s???? Aku pun pilih S5........
So aku pun pergi Plaza Alam Sentral dengan family, tempat family selalu beli gadget. Pergi dengan niat mencari Samsung Galaxy S5 wah, bagi aku phone tu saaaangat bagus. Mungkin sebab promo dia dah menggoda aku dulu. Aku survey punye survey, sekali jumpa satu kedai handphone yang besar tu. Orang tuu tanya "Cari apa bang?" kepada ayah aku, then kami pun "S5" hahahaha..
Lepas tu dia cakap "Adik, kenapa adik nak s5?" dengan nada yang buat aku takut. Aku pun jawab la " Kalau nak cari case yang comel kena beli handphone yang famous" Aku sendiri pun tak berapa puas hati dengan jawapan tu. Adakah aku mencari S5 kerana NAMANYA??? Ataupun memang bagi aku phone itu sungguh menawan? Dia suruh bagi diaa 5 minit, dia nak explain sesuatu.
Dia cerita dekat aku macam-macam, kenapa Samsung mahal, kenapa nak beli yang mahal, kenapa dan sebagainya. Aku nak explain pun tak reti sebab memang panjang gila perbualan kitorang pasal handphone ni. Dia cerita pasal apa kehebatan samsung s5 blahblah dan apa perbezaan dengan phone lain. Sebagai konklusi...... aku dibrainwash sehabis-habisnya sampai aku rasa TAKNAK beli S5. ----- dan aku rasa beli s5 satu kerugian yang nyata----- alamak, berjaya dibrainwash.
Dia ada cerita baru baru ni Samsung ada lelong S5 dengan harga rm800, Kenapa Samsung lelong handphone exclusive?
Lalu ayah aku pun lega........................ibuku juga..................................
aku puas hati juga, sebab dapat both dari pilihan pertama tu. Thank you abah mak <3