6/12/2014

Persediaan ke UITM #2

6/12/2014

Assalamualaikum,

Semalam dah jenuh nangis masa packing bag. Drama sangat. Al-maklumlah the girl who never leave home more than three days katako. Teringat pulak masa kekecik seminggu duduk kampung nangis-nangis tepon abah. Hahaha.


Akhirnya, banyak ini lah yang aku bawak. Kalau boleh tilam-tilam sekali aku nak bawak sebab aku tak suka tidur bercadar, tapi takpe takpe.... tahan dulu.. lain kali mintak mak bawak tilam nipis cam toto tu.

Dalam bag besar yang boleh didapati di Mydin tu (lols) ada baju. Baju kurung semua aku bawa mak aku punya kebanyakannya, takyah beli dah.  Tshirt , jeans, dress, blahblah. Takut juga tak cukup, apa-apa pun tunggu dan lihat jelah apa yang jadi. dalam kotak merah tu ada segala selfcare and segala keperluan membasuh baju. Itew kan gegirl ~ hahaha. Dalam kotak biru pulak bantal dengan selimut. Dalam bakul ada kasut,hanger, dan random thing yang dicampak kedalamnya. Al-quran, yassiin, pencil box aku letak dekat bilik dulu, takut kena langkah (adik-beradik ramai) Bag hitam terbiar itu pula dimana shawl,telekung, sejadah, tudung, dan bag disimpan. Banyak gilos aku bawa. Abah macam "Astagfirullah, banyaknye."  Aku dah try SIKITKAN tapi tak tau mana yang nak bawa kemudian. Ntah la, any tips? hahaha

-
Rasa best pulok susun barang pastu tangkap gambar. Macam jakun tapi best. Background mesti terang baru kena dengan blog, eh ntah pape la kan - okay let me be honest here. Semua kat atas tu aku tak pernah beli sendiri. Torchlight guna phone sahaja. Shampoo rambut pakat main guna apa yang ada alam bilik air je. Berus gigi suka curi bila mak beli banyak-banyak. Softlan (aku panggil semua bende tu softlan walau jenama lain hahahaha) dan sabun baju jauh sekali -_- 


Isi dalam sebuah kotak kecik. All the skincare thingy.  Ada lagi sekotak sebenarnya dekat bawah kotak ni. Punyalah ber-mask segala aku bawak. Aku ni penggila face mask. So aku takleh tinggal facemask walau apa pun jadi (important point: tetap tak lawa jugak). Aku siap bawa compressed mask yang kebetulan beli haritu. Tapi apa yang menjadi persoalannya- adake masa kau nak berfacemask-facemask bagai? Terbayang suasana busy padahal minggu orientasi je kelam kabut.

-ditulis pada 31 May