Follow up : BK

Assalamualaikum,

Kan aku dah syok berangan nak jadi komander. Kawan-kawan bakal komander bomba pun macam dah mesra je dengan aku hm hm (padahal aku yang mesra dengan diorang hehe ok kami sama sama mesra). Sampai ter-sayang pulak deme ni.

Kat whatapps pokpekpokpek. Ko bayangkan kau buat whatapps tu untuk info pasal kem LIBK (Latihan Intensif Bakal Komander) pada masa akan datang, tapi manusia kat dalam tu membingit. Habis getor sana getor sini phone aku. Okay pengakuan disini, senanya aku paling bising dalam group tu ha ha ha.

Komander bomba (senior) pun okay, siap suruh BK turun jogging. Main rempuh halangan bersama-sama. Cehwah gitew. Aku tunjuk muka je, takde improvement -___- aku ni wana yang pemalu tahu takkkkkk memang tak ah en nak jadi monkey awal-awal ni. Tunggu satgi eh hi hi hi


Sekarang dah cuti sem, bila bilang hari..kurang dari 10 hari je lagi. Takut tu memang ada lah kan. Sebab nanti transformasi yang ditunggu-tunggu komander bakal terjadi. Wana masuk oven dan Wana keluar oven. HEHEHEHEHE.

Takpe, paling teruk pun denda pumping dan sunburn je. "Takde pun lagi yang mati kering" -quoted from someone.

Okay, nanti kita shopping barang untuk ke LIBK, okay?

P/s: Sorry, banyak gila komen terpadam T_T nak publish tapi terpilih Delete hmmm T___T