Terima kasih Foto-zzoom!

Assalamualaikum,

Pagi ni ada parcel sampai rumah, tapi mak yang ambilkan parcel tu. Aku pun macam "Alamak habislah kantoi kalau mak tahu aku order online lagi" Kata wana yang sedang menanti dua lagi parcel [baju , beg, headphone,kasut] dan satu lagi [beauty products] oh tidakkkkkkkkkkkkk.

Tetapi, bila bukak, rupanya 50 keping 4R prints daripada Fotozzoom ! Setelah 5 hari aku check out, akhirnya sampai juga. Tempoh yang quite okay la untuk pre-order kan :) Kualiti gambar best gilos and gambar aku yang kualiti rendah pun nampak cantik je hehe.


Gambar yang aku terima dibalut dengan kemas menggunakan pembalut kertas, then dibalut pulak dengan bubble wrap, pastu baru letak dalam kotak . Aduhai rugi je bukak dengan rakus kalau tak boleh tunjuk gambar , tak sabar sabar sangat tadi. hahahaha. 


Takde sape nak marah kalau nak print selfie pun. Eh sukatilah kan !!! hehe

A sneak peak of my commander life.

Aku tak tahu zaman mana aku duduk but i still want to use this kind of photo album sebab comel. hahaha. 


Kan dah cakap, comel kan???

Nak jugak macam ni? Pergi http://www.fotozzoom.com/ dan subscribe foto-zzoom's  newsletter. Nanti dapat coupon code for free 50 4r prints ^_^ I'll make sure nanti nak cuci gambar dekat foto-zzoom je sebab puas hati dengan kualiti dia.

byeee.