2/25/2015

Tonsil Bengkak.

2/25/2015

Assalamualaikum,


Dulu aku pernah cakap yang tonsil aku bengkak. Masalah tekak aku ni dah lama, dulu masa kecik-kecik abah cerita bunyi aku tidur sangat menakutkan. Kejap ada nafas kejap tak, tapi makin besar makin okay. Dulu cara aku tidur pun kepala melenggak naik atas. (U can't imagine riteee? hehe)Same thing happened to Daus right now. Aku risau jugak.

Time sekolah, time semester 1, penafasan aku still boleh tolerate. Masalah tekak tu just sentiasa berkahak and bila minum ais je mula ah dia nak perit sana sini. Tapi tetap minum ais okayyy. Lepas pertengahan semester 1 tu baru aku kesedaran yang aku ni sebenarnya takleh minum ais. Okay so aku pun teruskan kehidupan macam biasa dengan mengatakan "untunglah boleh minum ais" dekat orang hahaha.

Until lah this semester when I finally start untuk sedar yang tonsil aku dah teruk bila tekak kembang bila jerit, tekak bengkak bila kemas bilik and telan air liukkk pun sakit wo. Aku ni pun satu jugak, last semester boleh je jaga pantang tak minum ais, this sem macam degil sikit rasa macam nak minum sikit.

Banyak sangat komplikasi yang aku dapat, daripada takde suara ke muntah sampailah ke sesak nafas. Akhhirnya aku gigihkan juga diri pergi hospital Segamat. "Orang tonsil bengkak kalau selsema batuk and demam akan lebih teruk daripada orang biasa."Kata doktor tersebut. Aku tak sempat apa-apa lagi dia dah kata "So nak buat operation tak?"

Blank.

SERIOUS AH.

Wait aku dah ready dah sebenarnya.

comel tak doktor tu lukis tonsil aku  hahahaha


So doktor tu pun bagi surat appointment dengan doktor pakar dekat Muar. Masih menunggu call dari hospital. Tapi cerita dia kat sini, selagi aku tak operate buang, aku akan sentiasa rasa mual dan nak muntah sampai nak nangis. Kalau aku nak buang pula, aku akan bazirkan masa. Sebab final lagi 4 minggu je. Petak la saya begini T____T





Kenapa aku post gambar bende ni? Sebab bende ni la punca aku sesak nafas semasa menaip ni. Ye semalam aku makan ice cream pasu, bangun-bangun pagi terus dapat balik komplikasi yang disebut tadi. Kenapa aku post gambar bende ni terbalik? Eh suka hati lah. hahaha

Doakan saya cepat sembuh. Eh selagi tak operate selagi tu tak sembuh so doakan saya cepat operate! hahaha.
 Bye!

(Cerita wana keklinik gigi pulak selepas ini) hekhek