Haaa ambik lepas dua bijik entry, aku tambah lagi sebijik. Bukan selalu kan, haha. Buat papercraft ni memang dah jadi impian aku setiap kali cuti. Dahulu kala memang suka buat benda ni, sejak masuk universiti ni memang tak ler nak buat dah. Cuti kali ni aku memang sangat nekad nak buat papercraft. Sampai aku beli cutting pad dengan precision knife k! Nampak tak semangat dia tu.
Bahan-bahan. Dengan ini wana meraasmikan semua bahan bahan ini. Baru first time guna hiks. Gam tu pun baru lagi. Berus itu adalah untuk gam ye anak-anak. Maafkan saya kerana melanggar hukum alam sedikit.
Memang dah lama nak pisau dengan cutting pad ni. Beli dekat popular. Pisau ni maybe dalam 11 ringgit lebih and cutting pad ni saiz A4 RM9.90.
Potong dengan berhati-hati dan cantumkan lah kemas kemas. Silapnya aku khusyuk sangat buat sampai lupa na tunjuk proses. Huaaaaarghhh. So dah terjadi dah pun. Tadaaaa.
nak tahu template ambik dekat mana boleh google or boleh ask me okayyyy .
Kbye.