Printable Calendar !

Assalamualaikum,
Di saat student Uitm tengah sibuk nak daftar kelas dan sebegainya, aku sibuk buat benda lain. Bila dah nak naik sem, maka naiklah semangat men-journal acah-acah aku ni. Aku memang minat dengan penulisan diary yang selalunya warna-warni, dan kawaiii gilas. Tapi aku tak kawai, so aku beli buku vintage dengan harapan buku ini berjaya dihabiskan. Walaupun aku tahu, buku aku sebelum-sebelum ini separuh jalan je lepas tu hancur. Ish ish. 

Disebabkan buku aku beli ni kosong je, dan aku pun tak berapa nak kreatif sangat, aku start dengan download calendar yang aku dapat >dekat sini<. 


Disebabkan buku aku kecik so aku print 6 x 2 diatas sticker paper. Senang main tampal je nanti. 

Walaupun dah June, aku ada lah agenda aku sendiri.. hihihihi



Okay now anak-anak baru, boleh duduk satu bekas dengan anak-anak yang lain ye. Omg I can't explain how much I love paperssssss tapi asyik kena perli *kertas daripada pokok yang ditebang* T_T well guys kalau aku tak guna kertas ni pun orang still jual kertas kan T_T hahahahaha.

Hahah btw dekat article 18 Fun Things You Can Print Out For Your Amusement ada banyak lagi printable ideas yang korang boleh buat. Lelagi yang gila kertas macam aku.

Kbye nak bina katil guna kertas.