Face mask paling best.

Assalamualaikum,

Hi uols, saja nak share mask favourite yang aku pakai selama ni. Dari dulu lagi, aku memang gilakan face masks and asyik beli dari banyak-banyak. Tapi since aku try My Beauty Diary Black Pearl, sekarang aku asyik pakai yang ni je Dah jadi pengguna setia, haha.

Aku start dengan pakai yang satu kotak dua paket tu, beli dekat Watsons, harga lebih kurang RM7 lebih camtu. Lepas pakai tu, aku rasa kulit glowing lain macam so aku pun terus "K ni mask paling best k k omg ni paling nice paling berkesan k k". Then lepas dah suka sangat yang ni, aku start beli yang satu kotak punya. Harga lebih kurang RM40, RM39.90 to be accurate. Dalam ni ada sepuluh pcs.




Bagi aku My Beauty Diary memang best (tak kira lah extract & function yang mana pun) tapi bila pakai Black Pearl ni paling aku terasa "wow glowingnya" lepas pakai. Hahahahaha so memang melekat jatuh cinta habis sampailah sekarang. Suka sangat mask ni sebab dia improve skin complexion. Yeay

Beware of fakes tau. Dapatkan dari penjual yang sohih, sebab banyak sangat yang tak original dekat pasaran. For your information sebenarnya aku terbeli dua kotak My Beauty Diary yang fake punya. Harga murah sebab tu excited nak beli, rupanya fake :/ So beware eh, nanti rosak pulak kulit muka.

Bye!