Glitter.

Assalamualaikum,

Pernah sekali dalam cuti semester ni aku pergi Summit USJ, sebab ada orang ajak tengok wayang. Wah, second time gi tengok wayang kat Summit. No. Actually aku yang cakap "Kalau nak tengok wayang Summit nak?" Padahal tersemat dalam hati ni nak pergi Mr. DIY kat Summit tu. Mr.DIY paling best sekali k.

Kitorang pergi tengok cite... aku sebenarnya lupa cerita apa, aku  nak tanya kawan tu tak online whatapp, terpaksalah aku belek belek baik tiket. Cite Juvana 2. Baru aku teringat sepanjang cerita ni aku asyik takut je sebab tak habis-habis belasah, bunuh, bad for kids. hahaha.

Masa dekat Mr.DIY aku cari glitter, saja je cari sebab sekarang ni minat dah melencong sikit ke sana ke mari, itu nak beli, ini nak beli. Lepas nampak glitter dalam botol kecik tu aku terus ambik warna gold dan silver ni. Then aku nampak satu pack glitter ni ada banyak warna, cantik sangat, kecik, tapi tak ada tanda harga.

We have a very memorable moment mencari machine scan harga tu, habis keliling mr.Diy tu. Hahaha.

Bila scan, around Rm2.90. Aku terus cakap "Taknak." Then he goes like "Alaaa kenapa taknak? Sebab mahal ke? Berapa harga dia? RM2? Nah aku bagi RM2." He took out RM2 from his wallet.

Gelabahnya kawan aku sorang ni.

Kan, cite ni hambar. Tapi aku asyik teringat setiap kali nampak dua botol glitter dekat bilik aku ni. Haha.


Labels: