Gambar not related. Hawa bagi gelang weeeeeh <3
Waktu tu pada hari khamis, ada kelas dekat bangunan atas bukit, dewan kuliah 2 ke 1 ke aku tak ingat. First mass lecture masa tu. Bila naik bukit ni bahaya sikit, kadang-kadang polis bantuan buat roadblock, cari mangsa saman. Aku pulak bangsa tak reti bahasa, dah dua kali balik bilik ambik duit pun tetap terlupa nak ambik kad matrik. Menyesal lah aku simpan kad matrik kat laci bawah meja, tak nampak, akan lupa.
Dah naik dekat atas bukit tu, ada orang cakap, "ada pb kat atas, pakai kad matrik." Aku pun gelabah sebab tak bawak. Terus berhenti kat tangga tu tunggu pendapat orang lain. Aku dah decide taknak pergi kelas, weh aku rela tak pergi kelas dari kena bayar saman weh. Hahahaha kelas first je pun.
Terus pergi dekat Shakirul Neymar Alexander The Great ngadu ada pb kat atas, taknak naik, nak balik. Pastu dia cakap, boleh lalu jalan lain. Aku fikir kalau lalu jalan tu nampak sangat lari dari pb, ego aku takkan membenarkan diri aku kelihatan desperate.
So aku taknak, aku nak balik bilik gak.
Then dia tanggalkan kad matrik dia, sarung dekat kepala aku, lepas tu suruh aku jalan. Dia akan try lalu jalan lain tu. *insert winter sonata background music here* ahhh bunga bunga sakura jatuh dari langit.
(Bila naik atas, rupanya ada event, pb tu sedang menyertai event tersebut. Rasa bodoh je gelabah. Hahahahahaha. Tapi learn from lesson, jangan letak kad matrik dekat laci. Thank you)