Assalamuaikum,
Sehari sebelum aku plan nak keluar, dua kasut di atas ini sampai ke rumahku. Bukan via post laju, tapi via kawan mak. Ni kasut order dari katalog je pun (jauh lebih murah,standart aku murah lah kan, nak beli yang mahal tak mampu iols) bukannya instagram, alibaba, aliexpress, dan bukanlah dari online shop. So aku takleh ah nak post kat instagram pastu buat caption macam "thank you @namashopdisini for these shoes" :p ok gurau ...
Yang kaler merah tu dah macam bebudak yang roleplay santa claus dah aku tengok.
So esoknya aku pakailah kasut yang cokelat itu. I takut lah sakit kaki sebab tak biasa pakai kasut tu, siap kakaotalk aina lagi mintak pendapat "Patutke aku pakai kasut tumit tinggi yang tajam tu? takut sakit kaki la" Sebab selama ni aku pakai jenis wedges (aku panggil wedges je lol nama lain tak pasti) Aina kata "Pakailah kasut kau yang lama tu"
Disebabkan aku mengada-ngada nak tukar angin. Aku pakai jugak hahahaha.
First time jalan, dah macam bayi baru belajar berjalan. Takdelah jatuh, sebab aku dah biasa pakai high heels tapi badan rasa bongkok je. Sampai sana, berdiri berejam dalam Mr.DIY, baru terasa sakitnya. Pastu dah fikir dah "Nampaknya kena beli selipar ni" Tapi aku tangguhkan niat tu dulu, sebab mungkin tak biasa lagi kut.
Akhirnya, (selepas berjalan seluruh mall) aku terpaksa beli selipar yang bernilai RM10 jugak sebab taknak merisikokan tulang belakang aku ... (sebab ada lagi dua pusat membeli-belah nak kena jalan) . Tulah mengada sangat =_= lain kali tanak pakai kasut ni dah, habis dah beli ni sape nak pakai? hayo.
High heels can significantly affect your natural posture and your spine.The arch in the lower back becomes more arched when wearing heels and the bottom can often be stuck out more than normal. This can leave the spine subject to injury or damage. The muscles that support the lower back can become strained and cause aching or pain to arise.
It has also been found that wearing high heels can put the spine out of its natural alignment and also the spinal nerves can become pinched and pain, tingling and numbness can occur.Many women who present to their doctor with back complaints may be surprised to learn that a lot of the problems can often be attributed to the constant wearing of high heeled shoes.
Aku banyak pakai kasut tinggi. Semuanya pengaruh dari Kak Ngah (Sepupu) aku, dalam bilik dia ada berpuluh puluh pasang kasut yang semuanya tinggi-tinggi belaka. Yang penting, aku tak muat pun pakai kasut dia yang super kecik macam saiz kanak-kanak tu. Aku try pakai kasut dia masa darjah 5 okay!! bukan saiz sekarang ni. Darjah 5 pun aku dah tak muat kasut dia.
Aku dah lama sedar kasut tinggi ni bahaya. Tapi masih degil. Lepas ni terpaksalah cari kasut yang rata comel-comel tu.
wasalam.