2/11/2014

Collagen Plus Vit E bahaya?

2/11/2014

Assalamualaikum,
Aku takut juga nak post entri ni, takut peniaga cpuv ni marah pulak kan... tapi aku kena post jugak, kalau ada yang boleh bangkang dan menidakkan entri ni, boleh komen. Takut juga tidak sahih kan.

Semalam dekat facebook, aku ada terjumpa salah seorang dari sepupu aku share pautan ni :


Bertulis "Kepada pengguna Collagen Plus Vit e sila ambil perhatian, seorang remaja Kuala Terengganu telah kembali ke rahmatullah akibat daripada pemakaian produk ini. Doktor telah mengesahkan remaja tersebut mengalami kanser kulit setelah membuat pemeriksaan. Kanser ini didapati berpunca daripada penggunaan CPV. Pada mulanya produk ini memang memberi kesan yang menakjubkan tetapi lama kelamaan mendatangkan kesan yang buruk terhadap kulit muka. Saya sendiri salah seorang pengguna CPV telah berhenti menggunakannya kerana kulit muka makin hari makin teruk serta jerawat makin naik. Sebelum terlambat, sayangilah wajah anda, hal ini diuar-uarkan demi kebaikan bersama. Percaya atau tidak atas anda. Marilah kita sedekahkan ALFATIHAH kepada arwah. Wallahualam" 
Fitnah?? kan dia dah kata " Percaya atau tidak atas anda." so sukati la kan, aku takde pun sebut benda ni betul.

Cerita aku pulak. Benda ni memang hot dekat instashop, kalau google je berlambak jual benda ni. Harga pun murah. Lepas dah tengok testimoni dan selidik melalui google, akhirnya aku beli dengan harga RM20 lebih satu set. Bila sampai rumah, memang aku excited la nak pakai.

Mak aku pun nak cuba pakai. Lepas dia pakai dua tiga hari, terus dia berhenti. Dia kata produk ni sama dengan produk dari Indonesia yang dia pernah pakai dulu. Produk tu bau sama dengan produk ni, effect pun sama. Muka akan cerah tapi kulit jadi nipis.

Mula-mula pakai, kulit aku terasa gatal lepas cuci muka. Lepas tu aku berhenti guna dua tiga hari. Lepas dua tiga hari tu aku sambung balik pakai, memang terasa elok dan clean and clear lah kulit lepas pakai tu. Sempat lah aku pergi jumpa Suwoong dengan muka aku yang sedang clean and clear tu. hahaha

Aku tak tau lah kulit aku degil ke apa, tapi lama-lama kulit aku jadi biasa balik dan extra kering sampai menggelupas. Bila aku google diorang kata "Baru nak sesuaikan dengan muka". Tapi aku ragu-ragu , so aku on-off je pakai. Kejap pakai kejap tak.

Bila aku dah tak pakai pun, aku masih ragu-ragu. Tahap ragu-ragu aku ni memang sangat maximum sampai aku selidik habis-habisan.Ceh tipu je. Aku jumpa entri ni COLLAGEN PLUS VITAMIN E bahaya?

Masa aku tunjuk produk ni dekat makcik aku, makcik aku terus bau dan culik sikit produk ni, lepas tu dia terus cakap "Ni mesti ABC (tak ingat nama produk apa dia sebut) dulu. Warna dengan bau sama. Dulu ABC ni tak dapat kelulusan kkm, ntah ntah pakaging baru"  - cuma "ntah ntah" sahaja, bukan betul. Tapi kalau bukan produk yang sama dengan ABC yang disebut dulu pun, bahan dia mesti sama sebab bau dan tekstur pun sama.

Dari entri ni pula, http://cookiekrunch.blogspot.com/2013/02/12-bahan-berbahaya-dalam-produk.html , dekat bahagian komen ada yang memberikan pendapat negatif pasal produk ni.

Insaf taknak beli produk yang sebegini lagi. Bukannya jadi cantik, menjahanamkan kulit dan boleh memudaratkan kesihatan. 

Percaya atau tidak, terpulang, aku bukannya arif pasal ni pun. Aku pilih untuk buang produk tu ke dalam tong sampah sahaja.

Edit : Sejak aku buat entri ni, aku makin banyak buat research. Makin banyak aku search, makin yakin aku yang produk ni bahaya


Update : 13/14/2014

Boleh pulak kawan aku pakai produk ni tanpa bagitau aku dulu. Dia bagitau semalam muka dia tiba-tiba terbakar lepas sebulan pakai. Sebelum ni memang berseri-seri muka dia lepas pakai. Then ai tanya la "Pakai produk apa?" Then dia Sebut "Collagen apa ntah". Then ai pun cakap la "Collagen Plus Vit E ke?" then dia kata "Haaa yang tu lah"

Hanya menggeleng kepala , haha.
wasalam.