Penyelesaian masalah gambar blogger

Assalamualaikum,


Sebelum ni aku ada perasan, gambar yang kita post dekat entri kadang kadang warna dia jadi gelap.. pudar.. dan buruks. Bagi yang tak kisah tu takpe la kan, tapi aku kisah sebab kadang-kadang aku mementing rupa dari isi. Hohoho. Gambar jadi makin buruk bila kita post dalam format jpg , lebih-lebih lagi gambar tu gambar berwarna putih. Selalunya aku akan upload dalam bentuk .png sebab nak elak dari masalah ni berlaku.

Kenapa?
Sebenarnya gambar dekat blogger ada limit saiz dia. Dimana nanti kalau kita dah sampai limit, kita kena bayar (kot?) Aku pun tak sure jugak, nak buat research malas beno. Blogger buat gambar kita gelap dan low-quality untuk kecilkan saiz gambar.

Macam mana nak selesaikan,
Lepas aku google punya google ... akhirnya aku temui jawapan

  1. Mula-mula pergi sini https://plus.google.com/settings
  2. Scroll bawah sampai nampak Photos and Videos
  3. Cari Auto-enhance . Kemudia pilih Off. 
  4. Siap ! Akhirnya T_T

Yeayyy, boleh upload dalam bentuk .jpg dah !!