5/12/2014

upu

5/12/2014

Hi evelibadi, Assalamualaikum :)

blog dah tak aktif.. memang dah jangka eh mood blogging jatuh merundum lepas dapat result spm haritu.. sekarang ni pun sebenarnya takde pc nak online. Kejap ada kejap takde, ni semua gara-gara pc share. Bila dah kongsi yang berkuasa haruslah monopoli pc tu kan. Ai takde kuasa nak cari gaduh.

Ai pun busy kerja. Sangat. Ai kerja, tapi dengan mak Ai la. So tetap duduk rumah la kan. Hehehe.

Duduk rumah ni, baru tau betapa sakit hatinya. haha. Bila adik beradik ramai, maka tangannya pun ramai. Barang tak pernah duduk di tempat asal, mesti berada di merata tempat. Kalau tido tu, mesti terjaga sebab adik tiba-tiba masuk bilik nak usik barang. Bila tanya "nak apa?" Ada je jawapan nya . nak amek gam la, nak pinjam pen la apa la. Ai bisik dalam hati "Tunggula ko esok pagi. Aku tenyeh kau" tapi esok paginya tengok muka dia rasa tak marah pun, haha. macam tu lah hari-hari.

Ok kelaut sangat ni.

UPU. Kelmarin semua kalut fikir dapat upu ke tidak. Aku dapat pilihan pertama aku !! Uitm- pengajian perniagaan. Tapi semalam aku  dapat tau yang aku dapat dekat Johor. Jauh saaaaangaaaaaaaaat.

Daku akan pergi, akan lebih busy mungkin. Atau mungkin lebih seronok? Wallahualam. Mana aku tau kehidupan universiti macam mana =_= Yang penting tak dapat berkepit dengan mak . hahahahaha oksedih. Anak sulung tapi mengade , anak bongsu pun tak mengade macam kakak dia.

Sorry, dah lama tak tulis blog jadi merepek sangat.

Kboi.