5/18/2015

Enam Belas

5/18/2015

Assalamualaikum,

Kami ber-16. Kesemua 16 orang dari kami berjaya habiskan ujian kecil selama dua minggu dengan jayanya. Kami ber-16 berjaya juga habiskan satu sem bersama walaupun banyak ujian yang menimpa. Gara-gara kesilapan daripada sesetengah kami, semua enam belas menanggung kesusahannya. Kita beruntung sebab kita ramai, rapat kita macam family. Mata-mata yang lain cemburu akan keakraban kita. 

walaupun tak cukup 16 senanya gambar ni ;p 

Tapi sayang, aku takut kita tak dapat kekalkan jumlah kita. Aku tahu kau orang dah cuba yang terbaik untuk pertahankan kedudukan. Rintangan yang datang bukan dari diri sendiri, tapi dek desakan orang-orang tersayang yang risaukan masa depan kau. Walaupun kau tahu, ada caranyaa untuk buktikan kau boleh. Tapi kau tak yakin. 

Tak apa, aku harap, sesiapa sahaja yang tidak dapat kekal tetap berada dibelakang kami dan menyokong kami. Doa dipermudahkan juga buat kami. Maafkan aku, pernah sakiti kalian. Pernah buat kalian berasa putus asa, gara-gara aku. Maaf. 

Ada tiga minggu lagi. Kalau kau rasa buah fikiran kau tu sudah masak, masaklah lagi sehingga hangus. Utamakan redha Allah, keluarga, dan barulah kami serta harapan mereka yang telah titipkan beribu amanat kepada kita.