Bas Kunyit.

Assalamualaikum,

Satu hari tu aku terasa nak keluar jalan-jalan. Nafsu jalan-jalan aku ni memang kalau aku terasa nak keluar berjalan, aku tetap akan nak keluar berjalan tak kira apa jadi pun. Pernah satu hari aku tak dapat pergi jalan, aku nangis, haha.

Dekat UiTM Segamat ni kalau nak pergi One Segamat, kena naik bas kunyit. Tak tahulah kenapa dorang panggil bas kunyit. Bas tu sebenarnya bas berwarna kuning yang tertulis "Bas Sekolah". Mula-mula masuk UiTM macam malu pulak naik bas sekolah pergi mall, tapi lama-lama terbiasa, bas tulah berjasa.

Semester ni kalau aku nak keluar sorang, memang harapan lah, sebab ada je yang sibuk nak ikut. Taknak aku sorang katanya, aku ni pun ada probability untuk diculik sebab comel kan (huhuhuhuhuh) no, i'm serious. Okay pastu aku berjalanlah berdua dengan kawan aku ni. Aku jalan berapa lama pun aku buat dek je, kau yang nak ikut kan? Ikut jelah.

Pastu bila dah balik, aku memang akan letih dan jalan terhuyung-hayang. Jalan pun macam tak betul dah. Naik bas kunyit pilih belakang sekali sebab tak malu nak tidur huhu, kawan aku pun ikut duk belakang sekali. Perjalanan 15 minit daripada One Segamat ke UiTM, selalunya aku akan bagi amaran "Jangan kacau 15 minit bermakna aku." Pastu aku tidur.

Bila aku lentokkan kepala dekat tingkap bas, adeh, terkena bingkai cermin tu. Alaaaaa spoil je pilih belakang sekali ni. Kepala aku terhantuk hantuk hantuk banyak kali, tapi sebab letih punya pasal, aku tidur je.

Sampai satu masa, kepala aku tetap terhantuk, tapi kepala aku tak sakit dah.

Aku tahu aku terhantuk dekat tangan orang, aku tahu dia letak tangan dia dekat bingkai tu supaya aku tak terhantuk dekat bingkai tu.

Tetibe jadi cerita bunga-bunga pulak.

Aku pun sambung tidoq

Sweetnya boleh buat drama kan sha -_- hahahahaha.

bye

Labels: