5/30/2014

Persediaan ke UITM

5/30/2014

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, peratus persiapan dah A dah kot. Paling alhamdulillah sekali ialah - aku takde masalah dokumen. Hahahahahaha. Aku selalu rasa aku seorang yang bermasalah dokumen. Tak kira la SPM ke PMR ke UPSR ke, memang masalah. Kali ni semua salinan dokumen penting, pengisian dokumen berjalan dengan lancar buat aku rasa pelik,selalunya aku akan mengadu ic hilang. Pengesahan pulak, tak payah susah-susah mintak dari orang lain. Sebabnya...

Aku : Alamak.. nak kena jumpa ketua penduduk ke untuk pengesahan....
Aku : Faiz !! (memanggil adikku) Siapa ketua penduduk dekat sini?
Faiz : Abah la.
Aku : Bagitau la betul-betul.
Faiz : Betul la -_-

Akhirnya baru aku tau ayah aku Timbalan pengerusi apa ntah. Aku baru tau. Patut lah dia aktif semacam je bila ada aktiviti kejiranan. lepas tu dia keluarkan cop-cop pengesahan yang aku tak tau pun wujud sebelum ni.

Tadi siang aku buat akaun Bank Islam. Nervous, tak pernah pergi bank. (lol) Sampai-sampai je dah ada yang guide, jadi semua urusan berjalan lancar dan cepat. Oh! Aku ingat kita kena buat akaun dulu lepas tu bayar melalui akaun bank kita, rupanya berasingan. Kiranya takde kena mengena pun yuran dengan akaun bank tu.

Lepas tu terus pergi Tesco dengan niat nak mencari baju kurung. At last tak beli baju kurung pun. Grab bebenda ni je.


Tadi pulak, baru je shopping barang dekat Aeon Big. Sekaligus. Pergh. Terasa kehilangan duitnya. Dekat pasaraya tu ambik semua yang paling murah sebab rasa bersalah. Tapi ada pulak beli bende tak guna. hahaha. Penuh la satu troli. Memang first time aku betul-betul pusing satu pasaraya tu. Dekat sana ada jual segalanya so aku pun beli la segalanya dalam list. Itu bukan masalah, masalah aku ialah.. BAJU HARIAN.

Aku jenis yang pakai baju pusing-pusing je dekat rumah and semua pink pulak tu. Memang dah habis berbulu dan tak sesuai dibawa. Nasib baik shopping dekat Aeon Big, t-shirt cikai cikai dia pun bermaterial kain cotton yang lembut dan selesa.







Dekat Aeon Big sini ada kedai kasut yang murah. Beli kasut tapi tak beli stokin. Wana..wana.. Masa on the way ke kereta ada penjual bagi sample minyak wangi dekat kertas. Aku bau terus jatuh hati sebab bau tu bau mak aku. Hahahaha. mak aku ada pakai perfume bau macam tu dari dulu.


Saje je cari sebab untuk rindu mak nanti kan. T_____________T fikir pasal rindu mak pun boleh nangis apatah lagi disana nanti. Homesick oi.

5/29/2014

The Liebster Award

5/29/2014

Assalamualaikum,
Harini rasa nak join entry berantai ni. Sebelum ni ada juga yang tag aku tapi seriously masa nak jawab tu takde idea T_T then lupa terus....



Nickname yang selalu orang panggil?
Nana dengan Wana. Sekarang dah bosan, zaman kpop kpop dulu memacam nickname aku ada. Hekhek. 


Blogger kegemaran
itu adalah satu rahsia :B


Ada impian? Apakah impian tersebut?
Soalan beginilah yang membuat saya tidak jadi menjawab liebster award yang lain. Sebab....i have no idea. 


Tempat idaman yang nak sangat pergi
Dulu nak pergi Korea sebab oppa (lah sangat), sekarang nak pergi Korea sebab kosmetik dan fesyen dia. Kalau pergi nak bertapa dalam beauty shop lama-lama dan berkelah disitu juga. 


Buku yang paling disukai.
Buku ulangkaji SPM . No ini bukan gurauan. haha


Setiap orang mahukan rumah yang best. Boleh bagitahu detail-detail tentang rumah tersebut? Maybe ada cinema dalamnya. Ala, takpe sesi berangan kejap.
Aku teringin laaaaa nak  rumah dalam kawasan kampung even bukan rumah kampung. kalau bukan kawasan kampung , mungkin atas bukit berpokok-pokok ke? hahaha. Macam rumah dalam Sembilu Kasih tew. hahaha. Ciri-ciri rumah idaman pulak aku memang sangat berkenan dengan design inggeris. Alaaaa yang perabot warna putih, design corak bunga kecik kecik tu. 


Hadiah yang best lagi diinginkan selama ini 
Skincare product OuO SKII set ke kan. hahahaha. 


Suka tengok cerita seram tak? Kenapa suka/tak suka?
Suka. Sebab cerita seram ni tak bosan bila tengok. Lagipun dari kecik dah biasa layan cite seram.  Cerita seram ni bagi penonton saspen lelebih dengan sound effect dia. haha


Kereta idaman hati dan kalbu?
Tak pernah fikir nak kereta apa (wana yang membosankan)


Kalau stres, buat apa? Tengok Running Man sampai tergolek-golek?
RM lagi buat saya stress -_- bila kwangsoo buat benda bodoh semata-mata nak buat lawak padahal peluang menang depan mata. Lols. Saya selalu layan Weekly Idol and yes, sampai tergolek golek. 


Lagu kegemaran?
Currently IU ft sape ntah - Friday


thank you sebab tag saya ye Najla :)

Dua tiga cadbury berlari



Dapat dari group whatapps kaum ibu-ibu. Ditipu hidup-hidup disebalik tanda halal. Ini baru satu, ntah berapa ratus ribu lagi usahawan makanan haram //jadahhhh//  yang sedang tersenyum sinis melihat muslim menimati makanan yang dijual mereka. 

henfon

Assalamualaikum,

hallo hallo apa khabar semua? 96-liner adakah anda busy seperti saya? K aku tak busy pun sebenarnya. Walaupun semua tak sediakan lagi T_T

Untuk pengetahuan pembaca, phone Shazwana iaitu  S2 berwarna hitam berkilau telahpun jam dengan teruk dan cracked (kerana cik Wana melambungnya dengan sungguh suka hati memikirkan handphonenya itu kebal). Battery juga telah rosak kerana selalu overcharged. Zzzzz. Banyak kali fedup uols bila charge dah 5-6 jam tapi tak penuh jugak. Ada masanya bila check masih lagi "Battery critically low". Masa tu dah macam nak campak dan mengamuk sakan kerana bunyi alert low battery itu sendiri dah menyakitkan hati. Huarghhhhhhhh.

Dah bagi sikit-sikit clue dekat mak. Lagipun haritu mak janji nak belanja handphone baru lepas dapat result spm haritu. Ces, adake patut mintak phone padahal belajar , buku, tuisyen semua mak yang bayar, tak malu betul. Tapi, line dah clear.... phone dah problem, pasni memang perlukan phone yang laju sikit untuk internet and long lasting battery.

Bila mak bincang dengan jiran aka sahabatnya, sahabatnya berkata lebih baik jangan dibeli dahulu phone nye sebab dekat sana nanti mungkin akan kena curi sepantas kilat. Maka terbatal lah niatnya. Hatiku patah lima. Aku menunggu masa sahaja untuk menjadi watak utama dalam godzilla akibat handphone ini.

Hehehehe. Taklah, guwa nak beli battery baru je. Walaupun cracked henfon itu masih menawan namun aku redha sahaja kalau ada yang nak belanja henfon baru. HAHAHA.

Kesimpulannya : Jagalah battery android anda dengan baik. Janganlah charge overnight dan main Hayday semasa mengecas. Lols

5/19/2014

Uitm Segamat

5/19/2014

Assalamualaikum,
Hm tinggal lagi berapa belas hari je lagi hari mendaftar uitm. Im not ready, really. Taknak move on eh kau Wana.

Aku asyik google pasal UITM Segamat, macam macam keyword aku guna. Lawak-lawak pulak tu, yela aku nak cari blogger yang mungkin ada pengalaman kat sana or maybe dapat kat sana jugak. Yang aku jumpa takde satu pun yang buat aku excited nak pegi sana. Baca pasal isu makanan la apa la. Patah semangat iols.

Lagi satu takut gila homesick. Rasanya aku tak pernah berpisah dengan family lebih dari tiga hari. hahahahahhahaha hahahhahahahahhahahahahaha hahahahhahahahahaha. Aku tak pernah duduk asrama. Okay ulang lagi "aku tak pernah berpisah dengan family lebih dari tiga hari". Aku tak tahu macam mana nak mandi kat tempat orang , macam mana bilik asrama, macam mana makan nanti, semuanya aku tak dapat bayangkan.

Ini semua buat aku rasa nak cari pasal cakap dekat mak "Mak, akak nak belajar dekat swasta boleh? Takyah jauh jauh." ha ha ha ha ha ha. Abah pernah tersebut "kau masuk msu je lah kak, dekat" Tapi mak bantah ! Hm kejohor kekita la jawabnya. 

Alaaa biasalah dilema macam ni. Nanti kat sana paling tak pun 3 bulan je homesick, pastu happy ^u^ alaaa actually kita kat mana-mana pun boleh happy.

Aku ingat lagi masa aku sedih kena turun kelas, padahal dah habis sekolah ni aku bersyukur sangat diturunkan kelas dulu, sebab aku happy je and yeah sebab turun kelas la aku study sesungguh. Semestinya Allah tentukan sesuatu yang terbaik untuk kita. Have a faith !!

Masalahnye, aku still tak dapat bayangan pasal uitm segamat walaupun dah google banyak benda. Ada sesiapa boleh story apa-apa pasal uitm untuk bagi aku sedikit bayangan ? TuT

YES AKHIRNYA  ADA PELUANG UTK PAKAI BAJU KURUNG BEBANYAK <3


Nak tahu macam mana life kat UiTM Segamat? KLIK SINI 

5/17/2014

Dah siap !

5/17/2014

Assalamualaikum,


New look! Tapi makin tak matang. Mula-mula nak cari tema matang, memang dah cari melilau dah gambar galaxy la, gambar gunung la apa la, sekali jadi macam ni juga. Actually ni inspired by Cathy Doll Tofu Pudding Set (SILA GOOGLE). Tak pasal pasal kena saman nanti. Tapi semua 100% aku lukis sendiri pakai paint tool sai. Hiksss. Mengade je. Tema kanak-kanak .. maafla kalau ada yang tak suka or rasa serabut rimas geliman. Taste ai memang gini.

Gambar atas tu camera 360 tau !!! Dah bagi amaran awal-awal ni. Aku suka je guna camera ni tanpa kisah mengisahkan cemuhan masyarakat yang flawless tu. Hahahaha. Actually tak siap lagi tapi rasanya tak sempat dah. Maybe akan siapkan harini juga sebab esok takleh guna dah (laptop pinjam abah lol) Edit: Lupa esok hari Ahad, bolehla guna yeay. hahahaha

p/s: Actually aku buat warna kuning lembut T_T takut kuning lembut kat lappy ni je. Risau kat laptop orang lain jadi kuning silau mata tu. hahaha

Bai ._.

5/12/2014

upu

5/12/2014

Hi evelibadi, Assalamualaikum :)

blog dah tak aktif.. memang dah jangka eh mood blogging jatuh merundum lepas dapat result spm haritu.. sekarang ni pun sebenarnya takde pc nak online. Kejap ada kejap takde, ni semua gara-gara pc share. Bila dah kongsi yang berkuasa haruslah monopoli pc tu kan. Ai takde kuasa nak cari gaduh.

Ai pun busy kerja. Sangat. Ai kerja, tapi dengan mak Ai la. So tetap duduk rumah la kan. Hehehe.

Duduk rumah ni, baru tau betapa sakit hatinya. haha. Bila adik beradik ramai, maka tangannya pun ramai. Barang tak pernah duduk di tempat asal, mesti berada di merata tempat. Kalau tido tu, mesti terjaga sebab adik tiba-tiba masuk bilik nak usik barang. Bila tanya "nak apa?" Ada je jawapan nya . nak amek gam la, nak pinjam pen la apa la. Ai bisik dalam hati "Tunggula ko esok pagi. Aku tenyeh kau" tapi esok paginya tengok muka dia rasa tak marah pun, haha. macam tu lah hari-hari.

Ok kelaut sangat ni.

UPU. Kelmarin semua kalut fikir dapat upu ke tidak. Aku dapat pilihan pertama aku !! Uitm- pengajian perniagaan. Tapi semalam aku  dapat tau yang aku dapat dekat Johor. Jauh saaaaangaaaaaaaaat.

Daku akan pergi, akan lebih busy mungkin. Atau mungkin lebih seronok? Wallahualam. Mana aku tau kehidupan universiti macam mana =_= Yang penting tak dapat berkepit dengan mak . hahahahaha oksedih. Anak sulung tapi mengade , anak bongsu pun tak mengade macam kakak dia.

Sorry, dah lama tak tulis blog jadi merepek sangat.

Kboi.

5/01/2014

Pandangan aku tentang lelaki yang merokok.

5/01/2014

Assalamualaikum,

Aku bukan tak suka lelaki merokok, tak bermakna aku suka, tapi aku tak pernah terfikir pun - "Hm aku benci la lelaki merokok ni. Blacklist!!!"

Tidak oi. Takde masa pun nak fikir pasal ideal type bagai ni.

Tapi bermula dua minggu lepas, aku tengok "2 Days and 1 Night - Season 3 : Quit smoking project" dari part satu sampai la part 3.Tiga episode of Quit Smoking Project ni usaha untuk suruh member 2 Days and 1 Night berhenti merokok. 5 daripada 6 member show ni merokok.

Aku tengok diorang cuba berhenti merokok ditahan dari merokok.. macam orang gila...


the only one yang tak merokok sangat charmingggggg dan hanya gelakkan penderitaan 5+1 member yang lain je.

Rasanya tak merokok ni macam kualiti tambahan seorang lelaki? Macam "omg dia tak merokoklahh" Kata Wana sambil mata bersinar sinar *_* Idk, suddenly macam tersuka pulak dengan yang "Tidak merokok" gara-gara tengok episode ni. 

*_* /mata bersinar