3/27/2014

Comeback ! (random bebel and result !)

3/27/2014

Assalamualaikum,

Yeay comeback lepas rancang nak menghilang beberapa hari lepas result spm. Saya menjadi anti kepada suasana sebab berhabuk, panas dan....... rasa nak keluar dari rumah je sepanjang rumah still tak siap lagi. #PrayForWana

Now pc dekat bilik adik. Dia ada download game R.Y.L kebenda ntah yang mungkin akan membuatkan pc ni jadi milik dia, selamanya. Jangan harap, kalau ko nak aku dapat lappy sendiri, maka buatlah harta. Jangan jeles pulak nanti. Bisik wana.

About result.... YEAYY. I have no reason to be sad because of my result. Dapat result yang tak dijangka , tapi result tu sebenarnya target cikgu terhadap aku. Alhamdulillah, aku dengar cikgu jerit gembira lepas aku bagitau result dalam telefon. Keluar sekolah tersengih-sengih.

Paling penting sekali, ada dua subjek yang aku target fail. Ulang suara, FAIL. Bila dapat result

Me :  Assalamualaikum cikgu (salam sengih sengih). Sorry haritu tak sempat nak salam cikgu semua, kelam kabut (bercakap tentang hari pulang buku teks yang memilukan dan sangat kelam kabut) 
Cikgu : Takpe. Nah tulis nama dengan ic tandatangan.
Me : (Tulis nama sambil menggeletar tangan)
Cikgu: Tahniah. Terbaik dalam kelas. _A.
Me : Betul ke cikgu ?!!!!!!! 
Cikgu : Ya, takde fail.
Me :  HAHHHH????? (EXTRAVAGANZA TERKEJUT) Akaun Addmath pun??? O_O
Cikgu : Yeee...

Alhamdulillah. I didn't expect it. Dari sudut hati yang kecil ini, memang aku harap taknak fail. Tapi aku yang jawab, so aku boleh predict la aku failed. Alhamdulillah, berkat aku main jawab je apa yang aku ingat hentam hentam hentam, dapat juga la gred yang boleh bantu untuk masuk u nanti. Yelah, aku tengok kelayakan banyak tulis kredit kredit kredit je kan. haha

Walaupun ai rasa terkesima dengan yang dapat straight A's tu. Tapi ai patut pandang diri sendiri. Memula rasa macam tak tau la patut hepi ke tidak sebab aku bukannya dapat straight As and bukan subjek susah pun -_-  tapi bila kawan-kawan hepi untuk kita, baru kita rasa betul-betul hepi. cewah -_- lelebih pulak.

Terima kasih kepada yang mendoakan. Dari mula-mula dapat result PMR, dah ada yang doakan aku dapat keputusan yang cemerlang untuk SPM. Sepanjang form 4 dan form 5, ada je yang cakap goodluck dekat aku. Masa birthday sepanjang form 4 dan form 5, ramai yang mendoakan SPM aku. Doa cikgu-cikgu, doa mak ayah, doa kawan kawan dan semua ~

omg nak nangis pulak. Ai memang terlebih-lebih emosi.

Aku rasa aku tak patut hina eyebag aku sendiri. Tak sia-sia aku berjaga malam. Alhamdulillah. Hihi. 
Congrates dekat semua yang dapat result gempak dari ai ! yang rasa sedih sebab result tu.. kita semua tau result ni sementara. Kejayaan sebenar bukan terletak pada result spm ...

Got7? GOT7? 

 

Sorry untuk semua proses yang saya delay sepanjang hiatus ~ 

3/14/2014

Tips Menjaga Mata

3/14/2014

Assalamualaikum,

Ok entri ni aku buat terus lepas tengok show Vitamin a.k.a Korean Show. Ayah aku kata jakun semua Korea nak tengok, padahal show ni sangat berguna ~


Tips ni memang sesuai dengan aku yang sangat risaukan nikmat pemberian Allah ni tapi tetap suka menatap android, tv, dan tido lambat. Sejak dah tak sekolah ni aku sendiri rasa mata aku dah lain macam.

Ok straight to the point

IMPROPER HABIT YANG PERLU ANDA ELAKKAN

1) Terlampau fokus pada skrin .
Bila kita terlampau fokus, secara tidak langsung mata kita kurang berkelip dan menyebabkan mata menjadi kering.

2) Menonton tv / main phone / menjahit / atau membaca buku dalam gelap.

3) Menggosok mata.

4) Memakai contact lense murah/ untuk kecantikan.

Apa salah vixx sampai aku buat contoh????? Well, diorang selalu takutkan aku dengan mata diorang bila perform. padan muka  XD 

Dah macam-macam kes dah contact lense ni, tapi orang still pakai. pape la ~


CARA MENJAGA MATA

1) Selepas membaca / bermain android / tengok tv / tengok pc / tengok laptop selama 50 minit, pejamkan mata anda selama 10 minit.

2) Keluar ke tingkap dan memandang permandangan yang jauh selepas melakukan kerja (yang perlukan fokus mata) untuk melegakan keletihan mata anda.

3) Semasa bekerja, kelipkan mata anda dengan sengaja. Juga gosokkan kedua-dua tangan anda dan tekapkan tangan anda dimata untuk menghilangkan keletihan mata.

4) Elakkan menggunakan eye drop yang dijual dipasaran dengan terlalu kerap. Jika mata terlampau letih, disarankan berjumpa doktor untuk mendapatkan eye drop (idk about this, maybe dekat korea jekot?)

5) Elakkan membeli cermin mata ataupun sunglasses yang murah, pastikan anda membeli dari pakar sahaja. Cermin mata yang dijual di kedai-kedai tidak dijamin kualitinya dan mungkin boleh rosakkan mata. Cermin yang tidak rata 100% permukaannya boleh merosakkan mata.

Kalau nak tengok show tu tekan sini 

wasalam ~ 

Instagram yang kiut



Assalamualaikum,
lama vs baru kehkeh. Nampaknya instagram je la yang update menepati citarasa orang ramai. Kalau twitter or facebook update habis kena kutuk wahaha.

Apa-apapun, jangan mengutuk sesuatu yang anda sendiri pun tak boleh buat.

Daaaa.

3/13/2014

Memori gula mitai (siapa boleh belikan?)

3/13/2014

Assalamualaikum,

pinjam gambar dari http://udakdilah.blogspot.com/ >__< 

Masih teringat lagi masa darjah 4, sorang ex-bestfriend kita bagi kita makan manisan ni. Dia dari Sarawak. Kita pun jakun sebab sedap sangat tapi masa tu mak tak bagi kita makan banyak sebab manis. Masa tu nak kirim dekat dia tapi duit pun takde. Nak mintak pun mak tak bagi beli, so...

Dari tahun lepas aku dengan Asyrina (dia pun turut berkongsi memori sebab dia pun wujud masa tu , kita besprengg) cari manisan ni. Punya la tanya sana-sini, tetap tak jumpa sebab nama manisan tu pun kitorang tak tau. Nak google pun tak reti sebab tak ingat benda tu apa benda. Hahaha.

Malam tadi dekat group wechat tiba-tiba Asyrina cakap pasal benda ni. Lepas tu aku decide nak tanya ex-bestfriend aku tu. (Ish elok ke aku panggil ex-bestfriend ni T_T) Tapi sebelum tanya tu, aku try google lagi pasal manisan ni. Tiba-tiba terdetik nak search keyword "Manisan Sarawak"



Maka video ini pun keluar. Wahahahaha puas hati I sebab memang itu lah benda yang I makan dedulu. Tapi masih tak tau nama manisan tersebut. Search punya search punya search, akhirnya dapat tau yang nama manisan ni "Gula Mitai". 

Tapi tapi tapi .... benda ni tak jual dekat semenanjung... macam mana nak cari? Ada sesiapa boleh belikan dan post kesini? T_T sila contact saya yaa.

wasalam

3/07/2014

Samsung Galaxy S5 sungguh menawan

3/07/2014

Assalamualaikum,

Sejak mak aku guna note 3, aku rasa nak boikot Samsung-henpon-mahal-tapi-camera-tak-memuaskan. Lol. Aku suka guna camera phone mak aku untuk tangkap gambar barang, tapi kalau selfie.......... hancusssss. Ok, jangan salahkan henfon la kalau muka dah teruk. Hahahaha. Tapi seriously, camera dia tak best, pecah pecah. Ke aku yang salah setting?? hm.

So aku decide lepas ni kalau handphone aku dah lunyai aku hanya akan pandang SIII dengan Note 1. 

Pada suatu pagi yang cerah, aku ternampak seketul tweet pasal S5. Aku macam "LOL cepat gila kau tambah model Samsung oi" Pastu aku pun tengok video ni 



Dalam video tu ada banyak pasal camera dia. Pergh tergoda ;_; 

image from www.tracyandmatt.co.uk

Paham tak perasaan aku bila nampak cover gold yang super handsome lagi menawan aksjhskf ni ? Mental breakdown. 

Macam biasa, aku cuma nak je. Tapi aku tak beli pun, hehehehehe begitulah hidup. Tak mampu tak payah ngade... mari la setia pada s2 yang satu.. (bila kau nak rosak ni hahhhh)

Hehe wasalam. 

Penyelesaian masalah gambar blogger

Assalamualaikum,


Sebelum ni aku ada perasan, gambar yang kita post dekat entri kadang kadang warna dia jadi gelap.. pudar.. dan buruks. Bagi yang tak kisah tu takpe la kan, tapi aku kisah sebab kadang-kadang aku mementing rupa dari isi. Hohoho. Gambar jadi makin buruk bila kita post dalam format jpg , lebih-lebih lagi gambar tu gambar berwarna putih. Selalunya aku akan upload dalam bentuk .png sebab nak elak dari masalah ni berlaku.

Kenapa?
Sebenarnya gambar dekat blogger ada limit saiz dia. Dimana nanti kalau kita dah sampai limit, kita kena bayar (kot?) Aku pun tak sure jugak, nak buat research malas beno. Blogger buat gambar kita gelap dan low-quality untuk kecilkan saiz gambar.

Macam mana nak selesaikan,
Lepas aku google punya google ... akhirnya aku temui jawapan

  1. Mula-mula pergi sini https://plus.google.com/settings
  2. Scroll bawah sampai nampak Photos and Videos
  3. Cari Auto-enhance . Kemudia pilih Off. 
  4. Siap ! Akhirnya T_T

Yeayyy, boleh upload dalam bentuk .jpg dah !! 

3/01/2014

How to disable right click on your blog

3/01/2014

Assalamualaikum and hi. This tutorial was requested. This tutorial is on how to not let people right click on your blog. This action will prevent copycat from opening your page source. Talking about page source...why don't we just let them be because actually there are many other ways to open page source even if you disable the right click.

However, if you still intended to disable right click, follow the following steps. Oh!  I want to tell you that both Classic Template and Blogger Template Designer can use this method.

1. For Classic template, go to Home > Template > Edit Template HTML
1. For Template Designer, go to Home > Template
2. Search for <body> in your HTML context box
3. Now, replace the codes you have found earlier to this:
<body oncontextmenu='return false;'/>
4. Save and try to right click on your blog! :)

Dah takde, baru nak hargai.

Assalamualaikum,


Apa yang dah takde? ASTRO !!! Okay so - hm hm astro terputus atas sebab-sebab yang tertentu. Abah dah try betulkan sendiri, tapi nampaknya tak menjadi. Tak tau la apa pakcik tu buat dekat wayar astro rumah aku T_T sampai bila nak tunggu T_T

Dah la aku memang follow up semua kdrama kat tv tu. Apa yang mampu hanya tengok balik record-record yang dah ditengok.

Barula nak terasa kehilangan... tak dapat tengok Slugterra pagi-pagi. huhu T_T