1/31/2014

Himpunan template wanaseoby sebelum ini.

1/31/2014

Assalamualaikum,
Dalam entri ni aku just nak share rupa blog aku yang lepas lepas. Sebenarnya aku gemar sangat tukar design blog, takde identiti betul !

Tidak mengikut timeline, nak share apa yang masih ada sisa-sisa kenangan je. Padahal banyak lagi skin aku guna.

[copycat akan didakwa ok. lol]


 Ok, sila fokus kepada skin yang digunakan, bukan freebies skin tu. Masa guna ni, ramai suruh buat tutorial, freebies skin ni. Skin ni ada special effect kat tepi dia macam slide slide gitu, tapi masalahnya itu bukan code aku. So tak boleh lah nak buat tuto based on that.

Skin ni sebenarnya ada background, tapi rosak sebab domain asal background tu dah takde. Ini jelah yang tinggal.. Skin ni lah code yang paling rumit and kalau aku selongkar balik skin ni, mesti pening tahap gaban so aku decide tu biarkan dia disitu. ha ha ha 


 Skin tak jadi?? Skin tak siap?? Yang pasti tak pernah guna pun. ha ha


Skin ini adalah version asal bagi skin "Yell at Grey". Skin ni aku pernah guna dalam sehari dua je, lepas tu tukar sebab rimas. (Adeke design aku yang tak merimaskan? semua serabut je aku tengok) haha


Skin yang telah hilang code nya. Huhu T_T


Skin sama, rupa lain. Aku lagi suka yang version kevin ni, hensem je. kah kah


 Skin yang separuh jalan, tak pernah guna dan tak pernah siap. hahaha.



Skin yang dibuat sempena birthday Kevin masa 2011. Kepoyoan melanda ~


Skin ni, sebenarnya aku edit dari skin "Forbidden" . Aku tak ingat kenapa aku guna skin ni, tapi aku boleh gambarkan situasi hidup aku masa tu.

"Hadoi. Bosan nya pandang skin sekarang ni.. , teringin nak pakai skin hitam pulak. Tapi idea takde..... nak buat apa ni? Oh!! Edit jelah freebies skin sendiri lepas tu guna! "

 Ok memandai.

Bersambung ~ hehe

1/25/2014

Artis Reply Tweet?

1/25/2014

Assalamualaikum,
In order aku nak buat entry ni, aku terpaksa activate balik twitter lama aku mencari mention. kahkah. Bukan apa, lepas baca entry Amija Cuwada yang Talha Harith retweet tweet dia, i think i need to share this walaupun Dafi memang jenis yang Reply tweet fans. Wait bukan reply semua tweet fans, memang patah ah jari beliau jika mereply semua tweet fans beliau.

Ala, aku dah tertulis siapa artis tu. Siapa lagi kalau bukan Dafi si lesung pipit bersenyuman manis. heh. The one and only artis lelaki malaysia yang aku minat. Oh, kalau perempuan pula Shila Amzah dengan Dato' Siti i minat. hihi.

Pada suatu hari, aku mengemas semua diari-diary aku. Lalu aku terjumpa lah keratan yang menunjukkan keobsesan aku dekat Dafi zaman Hotel Mania. Aku tangkaplah gambar benda tu lalu tweet dekat Dafi for the first time. Memang selama tu tak pernah mention Dafi sebab i kan pemalu uols. kekeke. Sebab dia artis Melayu, sama kaum, sama bahasa, bermakna dia faham bahasa aku. Malas lah nak menggedik kan. Tapi Kevin takpe, dulu aku selalu mention dia pakai bahasa melayu so dia tak faham.


Dan dia reply :  


Tak sangka la dia terus reply kan sebab first time kot aku mention dia. Haha .__. Even that 3 words (pakage dengan satu emoticon terharu) by Dafi pun boleh buat aku happy the whole day. Tapi sekarang tak rasa pape lah kan. Dah lama .. haha.

wasalam.

1/23/2014

Launcher untuk android.

1/23/2014

Assalamualaikum,

Dari mula-mula pakai android lagi, aku memang seorang yang gatal tangan dan suka menyelongkar kemungkinan handphone aku boleh tampak comel. Dari zaman Galaxy Wonder sehinggalah sekarang S2 .. btw, handphone aku sekarang warna hitam, so takyah nak comel sangat lah kannn.

Sekarang aku guna Dodol Launcher, kalau nak guna sila cari Dodol Launcher dekat Play Store ye. Dulu dekat Galaxy Wonder tak boleh guna Dodol Launcher ni, sekarang tak tau lah boleh ke tidak. 

dodol Launcher - phone decor - screenshot dodol Launcher - phone decor - screenshot dodol Launcher - phone decor - screenshot
Theme yang tengah tu sangat kemas. Aku guna theme yang tu berbulan-bulan dah. hehe.

GO Launcher EX - screenshot GO Launcher EX - screenshot GO Launcher EX - screenshot
Gambar ni theme asal Go Launcher. Aku sebenarnya suka theme asal benda ni tau, rasa hensem and cool je phone aku. Tapi kalau mood cecomel terus aku cari theme untuk Go Launcher ni. Aku rasa Go Launcher dengan Dodol launcher tak jauh beza pun.

Buzz Launcher - screenshot Buzz Launcher - screenshot Buzz Launcher - screenshot
Haaa ni lah dia launcher yang bagi aku sangat sangat sangat oseeem. Kita boleh buat macam-macam mana pun yang kita nak. Kepada peminat k-pop, ehem, kalau korang search exo kat situ berduyun duyun theme exo keluar. Al maklumlah... tapi tak kisah pun idol mana-mana, sebab boleh edit sesuka hati kan? Tengok aku punya dulu.


Sawan Apink. Sebenarnya ni gabungan theme Baekhyun , Chen dengan Apink, aku ambik material-material dia je, maaflah ye hahahaha. Ok berbalik kepada Buzz Launcher ni, banyak benda nak kena download. And memang kena explore sendiri. Nak ajar memang tak boleh sebab faham pun sendiri... agak complicated kot nak menaip instruction dia. Tapi memang best !! 

Tiga Launcher ni lah yang berjaya menarik perhatian aku daripada beriban riban launcher diluar sana lol

Bersambung .....

1/17/2014

My thought on Simple Template

1/17/2014

Assalamualaikum,

Sejak 2011, macam-macam template yang aku guna. Dulu simple template, lepas tu denim, akhirnya blogskins. Sepanjang aku berblogging aku rasa dah 65453438413 kali dah aku tukar template (hiperbola). Entry aku tak habis habis tajuk "New look" "Rupa baru" dan sebagainya. Entah bila nak type entri normal pun tak tau lah =="

Sejak aku godek simple template pada 18 Dec 2012, Aku dah tertarik dengan function komen simple template.

Menda alah ini lah yang aku maksudkan. Seperti drop down gitu. Boleh terus reply komen, sangat memudahkan.Tapi, benda ni ada bila kita pilih Embedded Post je, so takleh buat Popout Comment.

Kalau nak yang pop out pun boleh, ada tutorial untuk "reply to comment" kan?

(Sebenarnya aku ada masalah dengan icon orang yang komen tu, walaupun bukan anon, dia tetap keluar muka anon. Sebab taknak tengok muka anon je aku buat gambar background purple macam tu. Ada sesiapa tau jalan penyelesaian?)




Selain tu, kalau simple template, kita boleh tengok preview post yang bakal dibuat. Dah jadi habit dah tekan preview tu hahaha.

Tapi, bila rindu blogskin i pakai blogskin lah. haha. Anda suka yang mana? (cewah bunyi cam iklan je)


1/15/2014

Kasut tumit tinggi.

1/15/2014


Assalamuaikum,
Sehari sebelum aku plan nak keluar, dua kasut di atas ini sampai ke rumahku. Bukan via post laju, tapi via kawan mak. Ni kasut order dari katalog je pun (jauh lebih murah,standart aku murah lah kan, nak beli yang mahal tak mampu iols) bukannya instagram, alibaba, aliexpress, dan bukanlah dari online shop. So aku takleh ah nak post kat instagram pastu buat caption macam "thank you @namashopdisini for these shoes" :p ok gurau ...

Yang kaler merah tu dah macam bebudak yang roleplay santa claus dah aku tengok. 

So esoknya aku pakailah kasut yang cokelat itu. I takut lah sakit kaki sebab tak biasa pakai kasut tu, siap kakaotalk aina lagi mintak pendapat "Patutke aku pakai kasut tumit tinggi yang tajam tu? takut sakit kaki la" Sebab selama ni aku pakai jenis wedges (aku panggil wedges je lol nama lain tak pasti) Aina kata "Pakailah kasut kau yang lama tu"

Disebabkan aku mengada-ngada nak tukar angin. Aku pakai jugak hahahaha. 

First time jalan, dah macam bayi baru belajar berjalan. Takdelah jatuh, sebab aku dah biasa pakai high heels tapi badan rasa bongkok je. Sampai sana, berdiri berejam dalam Mr.DIY, baru terasa sakitnya. Pastu dah fikir dah "Nampaknya kena beli selipar ni" Tapi aku tangguhkan niat tu dulu, sebab mungkin tak biasa lagi kut. 

Akhirnya, (selepas berjalan seluruh mall) aku terpaksa beli selipar yang bernilai RM10 jugak sebab taknak merisikokan tulang belakang aku ... (sebab ada lagi dua pusat membeli-belah nak kena jalan) . Tulah mengada sangat =_= lain kali tanak pakai kasut ni dah, habis dah beli ni sape nak pakai? hayo. 

High heels can significantly affect your natural posture and your spine.The arch in the lower back becomes more arched when wearing heels and the bottom can often be stuck out more than normal. This can leave the spine subject to injury or damage. The muscles that support the lower back can become strained and cause aching or pain to arise.
It has also been found that wearing high heels can put the spine out of its natural alignment and also the spinal nerves can become pinched and pain, tingling and numbness can occur.Many women who present to their doctor with back complaints may be surprised to learn that a lot of the problems can often be attributed to the constant wearing of high heeled shoes.

Aku banyak pakai kasut tinggi. Semuanya pengaruh dari Kak Ngah (Sepupu) aku, dalam bilik dia ada berpuluh puluh pasang kasut yang semuanya tinggi-tinggi belaka. Yang penting, aku tak muat pun pakai kasut dia yang super kecik macam saiz kanak-kanak tu. Aku try pakai kasut dia masa darjah 5 okay!! bukan saiz sekarang ni. Darjah 5 pun aku dah tak muat kasut dia. 

Aku dah lama sedar kasut tinggi ni bahaya. Tapi masih degil. Lepas ni terpaksalah cari kasut yang rata comel-comel tu. 

wasalam.

1/13/2014

New look lagi ke? hayo

1/13/2014

Assalamualaikum,


Mungkin ada yang pening, mungkin ada yang lebih suka template yang lepas, mungkin ada yang "Suka hati kau lah nak tukar ke taknak, blog kau kan." <-- (personally oden suka orang jenis cemni lol) . Sebab aku tukar template ialah.... orang berminat sangat dgn header template lama aku lol , aku takleh buat tutorial benda tu sebab complicated, so aku decide nak buat freebies. Hang jenguk lah sendiri code dia. haha sorry kepada mereka yang ask tentang header tapi aku tak jawab. Sorry sangat ;_;

Kalau hati aku terbukak nak siasat balik apa yang aku buat dengan template tu, maybe aku akan buat tutorial. Al-maklumlah aku ni cakap je lebih sobs nak buatnya ntah bila.

Sepanjang cari idea nak tukar, aku asyik search sana sini cari inspiration. Akhirnya, inspiration datang dari template ni http://html5up.net/escape-velocity/ . Aik? kenapa lain sangat? Sebenarnya, masa buat tu banyak gilo proses, mula-mula buat blogskin version dulu, pastu ubah sana sini, pastu buat simple template punya pula (senang sikit kalau buat blogskin dulu,walaupun ambik masa lama). Dalam proses tu macam-macam ubah. Terus jadi simple macam ni, kalau lah aku tau jadi simple macam ni takde maknanya aku nak buat proses yang berlanjutan tu puih.


Idea asal. Tapi tak kena dengan image aku yang comel momel ni . Ok perasan.

Wasalam.

1/10/2014

Being greasy har har

1/10/2014

Assalamualaikum, [kualiti gambar hancus sebab guna phone sendiri, maaf atas kecikaian yang berlaku hahah ]

Last year(cewah), aku dengan Aina ada bertukar makanan. Aku bagi dia kimchi, dia bagi kuih suji.

Since dia contact aku haritu, dia memang dalam stress yang melampau. Aku takleh cite apa masalah dia, tapi sampai aku sekali menangis dalam bilik masa chat dengan dia. Too much untuk dia handle.

Dia ajak aku keluar Sabtu ni.

So aku fikir nak buat something, guna bekas kuih yang dia bagi aku tu. Hahaha lagipun aku memang nak pulangkan bekas tu ._.

1/08/2014

Image style by using various border-radius trick!

1/08/2014

gambar contoh asal - not mine


<img src="IMAGE URL" width="200" style="-moz-border-radius: 50%; -webkit-border-radius: 50%; border-radius: 50%; " />

<img src="IMAGE URL" width="200" style="-webkit-border-radius: 50%; -webkit-border-bottom-left-radius: 0;-moz-border-radius: 50%;-moz-border-radius-bottomleft: 0;border-radius: 50%; border-bottom-left-radius: 0;" />

<img src="IMAGE URL" width="200" style="-webkit-border-radius: 50%; -webkit-border-bottom-right-radius: 0; -moz-border-radius: 50%; -moz-border-radius-bottomright: 0;border-radius: 50%; border-bottom-right-radius: 0;" />

<img src="IMAGE URL" width="200" style="-webkit-border-radius: 50%; -webkit-border-top-right-radius: 0; -moz-border-radius: 50%; -moz-border-radius-topright: 0; border-radius: 50%; border-top-right-radius: 0;" />

<img src="IMAGE URL" width="200" style="-webkit-border-radius: 50%; -webkit-border-top-left-radius: 0; -moz-border-radius: 50%; -moz-border-radius-topleft: 0; border-radius: 50%; border-top-left-radius: 0;" />

1/04/2014

Comment box Styling for Denim Template

1/04/2014

 Assalamualaikum,


Haritu den buat yang simple template kan? Harini untuk denim pulak, tak berapa reti denim tapi akhirnya jadi jugak. Tapi lain sikit lah.  Ekceli taknak buat tuto denim tapi ramai jugak yang tanya so saya buatlah :) 

  1. Pergi ke Blogger Dashboard > Template > Edit HTML
  2. Cari code /* Footer
  3. Paste codes yang saya bagi ni dekat ATAS /* Footer tadi.



  4. Warna text, background semua pandai-pandai lah ubah eh ^-^
  5. Kalau dah siap, Preview . Save
Masa saya buat ni, saya pilih setting comment pop out window, so kalau yang lain tak jadi bagitau lah ye. 

Wasalam.